Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Disember 2010

Perlantikan Khusrin Langkah Pertama Umno-BN Rampas Selangor

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak, apabila meletakkan dirinya sendiri sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor serta melantik seorang yang tidak layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) ke jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad(gambar) berkata dalam satu sidang media petang tadi di Shah Alam, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK merupakan tindakan pertama Najib dalam usaha merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Tindakan melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diantara tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Najib untuk melaksanakan perancangan nak jatuhkan kerajaan negeri Selangor ini," dakwa beliau.

Tegasnya, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor.

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Sambung baca...  Klik Di Sini

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab

Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.
Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

30 Disember 2010

SUK: Selangor nafi lewat serah nama


Kerajaan Negeri Selangor menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin menegaskan tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan SUK perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

Tambahan pula jelasnya, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011.

"Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.

"Isu Datuk Khusrin Munawi ini timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor," katanya.

Menurutnya, kerajaan Selangor telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

 PAS gesa Umno henti 'perdaya' Raja Melayu

Umno hendaklah menghentikan serta-merta tindakannya memperdayakan Raja-Raja Melayu bagi kepentingan kuasanya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Umno kini dilaporkan begitu bernafsu menghasut Raja-Raja Melayu kononnya kuasa Raja-Raja terancam setelah mereka merasa berjaya menipu rakyat termasuk sebahagian ahli politik kononnya kuasa dan kepentingan Melayu akan terancam tanpa parti perasuah itu.

"Kita sentiasa mendapat laporan dari sumber dalaman yang tidak senang dengan tindak-tanduk Umno cuba memperdayakan Raja-Raja Melayu itu. Tidak semua boleh menerima apa yang dilakukan oleh Umno itu," katanya.

Malah, katanya lagi, semakin ramai orang-orang Melayu yang berfikiran waras yang sedar bahawa yang sebenarnya terancam ialah Umno dan bukan orang-orang Melayu.

Khusrin: Umno pentingkan politik, ketepi rakyat

Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.

"Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat.

29 Disember 2010

Tindakan KSN Melantik Khursin Berniat Jahat Untuk Meneruskan Agenda jahat Umno- BN Keatas Kerajaan Selangor

Kelibat terdesak Umno-Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri pemerintahan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum semakin jelas terpampang.

Tindakan tersebut terus dikecam Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin yang menganggap keputusan kerajaan pusat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu akan mencetuskan konflik huru-hara pentadbiran negeri Selangor.

"Tidak dapat dinafikan sekiranya perlantikan ini diteruskan, memang semua pihak dapat melihat ada agenda jahat Umno-BN menjelang pilihanraya. Perlantikan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri yang hanya menimbulkan konflik dan penentangan dengan pentadbiran negeri akan menyulitkan negeri dan akhir sekali akan menimbulkan resah kepada rakyat. Bila rakyat resah tentu rakyat akan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri.

"Saya menyanggah tindakan KSN (Ketua Setiausaha Negara) melantik dan mengumumkan perlantikan SN (Setiausaha Negeri) tanpa merujuk atau memberitahu apalagi mendapat persetujuan daripada MB. Bagi saya tindakan KSN berniat jahat untuk melaksanakan agenda jahat BN keatas kerajaan negeri," jelas beliau ketika di hubungi Tv Selangor.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam mengumumkan perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khursin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Singapura lebih banyak manafaat melalui BN


Subky Latif
APA yang tersirat di sebalik ingatan Menteri Perdagangan Antarabangsa tentang kewujudan DAP dalam Pakatan Rakyat betapa parti itu asalnya tajaan PAP yang memerintah Singapura?

Adalah benar DAP itu asalnya PAP yang beroperasi di Semenanjung Malaysia semasa Singapura adalah satu wilayah Malaysia. Apakah PAP ada di semua wilayah Malaysia ketika itu tidak berbangkit sangat tetapi yang jelas Lee Kuan Yewlah Setiausaha Agung PAP baik di mana-mana saja.

Tetapi selepas terpisah Singapura dari Malaysia tahun 1965, PAP telah menjadi DAP. Sudah 35 tahun ia tegak sendiri. Sekali pun ia ada sejak mula dengan Singapura, tetapi usaha menakutkan orang Malaysia dengan pengaruh dan ancaman PAP Singapura sudah jadi lali dan tidak menakjubkan lagi.

Sama dengan ancaman komunis. Tidak siapa takut lagi dengan komunis. Bahkan Umno yang 100 peratus anti komunis ketika ISA digubal tahun 1960 dulu mengudang parti komunis dari banyak negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno sejak beberapa tahun lampau.

28 Disember 2010

Najib Tak Berani Jelas 1Malaysia Ciptaan Apco Dalam Parlimen

Kenyataan Perdana Menteri (PM) bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati. Sebaiknya PM mengarahkan syarikat yang membolot kontrak mencetak kain rentang dan banting slogan ini menarik balik semula kain rentang dan banting yang telah mereka cetak dan pasang.

Jika tidak, ia akan menunjukkan PM menipu dalam terang. Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang. Gambar PM yang jauh lebih besar dari jalur gemilang juga menjengkelkan mata. Nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak.

Apapun, isu yang lebih penting yang PM atau TPM harus jelaskan kepada rakyat ialah; jika benar ia adalah alat penyatuan dan bukan propaganda UMNO-BN mengapa perkara ini tidak pernah dibincang dan dibahaskan dalam parlimen? Mengapa ia tidak dimasukkan di dalam bajet Negara sedangkan bayaran bagi menghasilkan slogan “indah” ini mencecah RM100 juta.

Anak: Isa tidak layak terajui Felda


Hazayani Zakaria  
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

27 Disember 2010

1Malaysia bukan propaganda politik menggelikan, kata pegawai MB Selangor

Kenyataan Perdana Menteri (PM) bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
Beliau berkata, sebaiknya PM (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengarahkan syarikat yang membolot kontrak mencetak kain rentang dan banting slogan ini menarik balik semula kain rentang dan banting yang telah mereka cetak dan pasang.
Jika tidak, katanya ia akan menunjukkan PM menipu dalam terang.

“Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang.
“Gambar PM yang jauh lebih besar dari jalur gemilang juga menjengkelkan mata.
“Nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak.

Negara Tidak Bankrap Laksana Tawaran 100 Hari Sebaliknya Negara Akan Bertambah Bankrap Sekiranya Sokongan Terus Diberikan Kepada Umno- BN

Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini.

Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik.


"10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara.

“Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang, " demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (gambar)semasa berucap di pentas Anak Muda Keadilan Pulau Pinang, semalam.

Khalid: 1Malaysia Hanya Untuk Kepentingan Politik Umno

Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Terbaru Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad menegaskan 1 Malaysia itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui apa yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri sehingga mengabaikan kaum lain di negara ini.

"Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik," katanya.

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

26 Disember 2010

Slogan 1Malaysia - Hakikat Dan Mitos Politik Negara - Wira Arjuna

ARTIKEL: Setiap sesuatu ada baik buruknya; bergantung pada dari sudut mana isu itu dilihat. Kalangan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) sendiri mempertikaikan langkah kerajaan Selangor melarang penggunaan 1Malaysia di tempat awam dan bangunan kerajaan.

Hujah diberi oleh kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah slogan itu adalah mesej politik Barisan Nasional(BN) yang cuba menyembunyikan amalan politik perkauman yang dibawa oleh pemerintah. Namun sesetengah pemimpin PR berpendapat langkah itu hanya memberikan publisiti percuma kepada slogan itu dan BN sendiri. Media arus perdana sudah pun mula "menggasak" PR atas tindakan oleh kerajaan Selangor itu. Ini sudah dijangkakan.

Tidak kira apa pandangan dan dilihat dari sisi mana, ada seperkara yang menarik dalam isu ini. Hakikatnya adalah, BN sendiri telah lama mencantas sebarang program Pakatan Rakyat dalam percaturan politiknya.

Malah, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dan agensi berita lain yang di bawah pengaruhnya dilarang menggunakan ungkapan Pakatan Rakyat sama sekali. Mereka diarah menggunakan ungkapan Pakatan Pembangkang. Anwar Ibrahim pula tidak boleh dirujuk sebagai Mantan Timbalan Perdana Menteri; memadai beliau dipanggil Ketua Pembangkang (selepas beliau digantung, belum diketahui arahan baru yang bakal digunakan).

Janji 100 hari bila tadbir Pusat – Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal atas tindakan sesetengah pihak mempertikaikan hasrat Pakatan Rakyat untuk melaksanakan program 100 hari jika ditakdirkan dapat menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.

Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dilaksanakan setelah dapat menawan kerajaan pusat bukannya untuk dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat masa kini.

“Dia orang ni tak faham atau takut dengan janji program 100 hari ni”ujar beliau ketika ditemui disidang media selepas merasmikan Majlis Kahwin Perdana bertempat di Pusat Tarbiah Negeri Kelantan(PUTIK) hari ini.

“Kita akan laksanakan bila Pakatan dapat memerintah Pusat, tunggulah dan janganlah pulak nak jadi gangster”kata beliau lagi
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin agar ia dilaksanakan terlebih dahulu di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat masa kini.

25 Disember 2010

1Malaysia - Bukan Takut Tapi Muak, Kata Selangor

Faekah Husin
Kerajaan Selangor tidak membenarkan slogan dan logo 1Malaysia digunakan di premis kerajaan dan premis awam kerana ia mesej politik yang diguna sebagai topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara secara berterusan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tersilap faham apabila menafsir larangan itu sebagai petanda Pakatan Rakyat Selangor kononnya takut kepada slogan 1Malaysia.

Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak gentar tetapi muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional itu, kata Faekah.

"Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini. Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia," tambah beliau dalam satu kenyataan.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat Mampu Bela, Angkat Martabat Golongan Pendidik

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

24 Disember 2010

Royalti Minyak 20 Peratus, Janji PR Punyai Asas Kukuh

Janji Pakatan Rakyat untuk memberikan royalti petroleum 20 peratus kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak di tanah air bukanlah kosong, sebaliknya ia mempunyai asas-asas kukuh yang boleh dipegang teguh oleh segenap lapisan masyarakat.

Para pemimpin Pakatan Rakyat bukan sahaja terdiri daripada mereka yang amanah, tetapi juga cerdik, bertanggungjawab, sentiasa ingat kepada janji-janjinya kepada rakyat, sejajar dengan dasar parti yang sememangnya ingin melakukan kebajikan kepada orang ramai.

Lapor portal Harakah Daily Online , Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, lebih jauh dari itu, di dalam Pakatan juga sudah terdapat seorang pemimpin yang sudah berpengalaman sebagai bekas Menteri Kewangan, iaitu Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya boleh dijadikan rujukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat lain dalam pelbagai aspek, termasuk perkara-perkara berkaitan kewangan atau ekonomi.

Menurut beliau, oleh itu, sekiranya janji itu keluar dari mulut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, ia tentunya boleh dipegang kerana ia dibuat setelah diadakan perbincangan mendalam dan persetujuan daripada kesemua kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Dr Seri Anwar sendiri.

Jangan pandang enteng janji Pakatan - Khir Toyo


Harakahdaily
Setelah didakwa ekoran pemilikan banglo mewahnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Barisan Nasional agar jangan memandang enteng (mudah) janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen mereka baru-baru ini.

"Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

"Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM500," tulis Khir dalam blognya.

Bagi beliau, kehadiran kira-kira 400,000 guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius.

Ini kerana, tulis beliau, kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi, katanya.

Khir juga berpandangan, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya

23 Disember 2010

Lebih teruk dari 'mahkamah kangaroo'

Insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pada 16 Disember lalu, memperlihatkan satu sejarah hitam dalam sistem Demokrasi Berparlimen. Pakar perlembagaan Professor Dr Aziz Bari mempunyai pendapatnya tersendiri terhadap insiden itu.

Harakah : Bagaimana pandangan Professor terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Karpal Singh, Azmin Ali dan Sivarasa selama enam bulan yang diputuskan speaker Dewan Rakyat 16 Disember lalu?

Husam: Agenda Politik Saya Belum Berakhir, Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.


Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

22 Disember 2010

Jika Diberi Peluang Memerintah, 10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

21 Disember 2010

Tarikh PRK Tenang diumum Jumaat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil Dun Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

Datuk Sulaiman Taha dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu mewakili Pakatan Rakyat- HarakahDaily

Karpal Singh Tutup Mulut Umno, Menyokong Negara Islam

Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.



Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

20 Disember 2010

Nasionalisme Ala UMNO : Pelampung Bocor Di Tengah Lautan

Ekoran dinasihatkan oleh doktor untuk berehat, saya tidak berkesempatan untuk turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang bermula esok, 19 Disember 2010. Bagaimanapun,saya sentiasa mengutuskan harapan agar konvensyen tersebut berjalan dengan lancar dan dapat menyimpulkan resolusi-resolusi penting khususnya di dalam mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Saya sentiasa optimis, UMNO dan Barisan Nasional sudah sampai di penghujung hayat di dalam memimpin negara. Jika saya boleh datangkan perumpamaan, UMNO adalah umpama pohon yang sedang mereput akarnya, sekalipun mungkin kelihatan dari zahir daunnya masih merimbun, ia sebenarnya menunggu masa untuk rebah ke bumi. Jika ada yang masih memilih untuk berteduh di bawah pohon yang bernama UMNO ini, mereka perlu bersedia untuk ditimpa bahaya. Jika diumpakan pelampung di tengah lautan, nasionalisme yang dibawa UMNO tidak lebih daripada pelampung yang bocor, mereka yang berpaut padanya mengharapkan untuk selamat, sayang sekali ia bukan menyelamatkan, tetapi menenggelamkan.

Karpal Sokong Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.-

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat - TVSNews

Isu APCO - Umno lakukan pembunuhan karakter Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan apa yang berlaku terhadap Ketua Pembangkang dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat 16 Disember di Parlimen lalu sebagai 'pembunuhan karakter' oleh Umno/BN.

Peristiwa ini katanya sama seperti ketika Parti Negara dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar yang mana Allahyarham Onn difitnah oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menutup perjuangan bekas pengasas Umno itu, kata Wan Azizah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 2000 perwakilan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua dekat sini pagi ini. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya.

Menyambung hujahnya, Wan Azizah berkata, Umno/BN akan terus mematikan perjuangan pembangkang dengan 'pembunuhan karakter' termasuk pada tahun 1964 yang mana Dr Burhanuddin Al Helmy dan Ahmad Boestamam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dengan pelbagai sekatan, permainan media dan fitnah serta perkauman melampau, Umno/BN akhirnya berjaya melemahkan perjuangan pembangkang, katanya.

Kini ujar Wan Azizah, Umno/BN tersepit setelah Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri termasuk di Perak yang akhirnya dirampas secara 'keji' oleh mereka

Walaupun Digantung, Anwar kekal Ketua Pembangkang

Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu

19 Disember 2010

Menggunakan Masjid Untuk Mencari Pengaruh Yang Hilang, Umno Melaka Biadap Dan Tidak Beretika

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menjelaskan tindakan Umno jelas biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh.

Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-Barisan Nasional (BN) di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid tersebut.

"Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid., apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno.

Menurut Shamsul lagi, sepatutnya memaparkan sifat natural dan tidak taksub atau ekstrem. Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan tuanku dan sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka.

Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid.

"Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka.

Untuk rekod, Umno sebelum ini menuduh PAS dan Pakatan Rakyat menggunakan Masjid untuk kepentingan politik parti itu.

Penggantungan Ahli Parlimen Dari Pakatan Rakyat, BN bimbang Skandal Besar Negara Akan Terdedah

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?

Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.

Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).

PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.

18 Disember 2010

Zionis Apco Terlalu Berpengaruh Kepada Umno-BN Menyebabkan Anwar Serta Tiga Ahli Parlimen Digantung

Ketua Oposisi menuduh firma pelobi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide terlalu berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga boleh menyebabkan beliau serta tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Malah Anwar mendakwa Apco telah berbohong dalam surat penjelasannya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung dakwaan kaitan konsep 1Malaysia dengan One Israel yang kedua-duanya diilhamkan oleh firma yang mempunyai pangkalan di negara Zionis itu.

“Mereka telah berbohong sebelum ini dengan mengatakan mereka tidak ada kaitan dengan rejim Israel. Di dalam surat kepada jawatankuasa hak dan kebebasan mereka mendakwa dihalang daripada memberi keterangan dan ini adalah satu pembohongan.

“Saya telah dituduh menjadi agen Yahudi jadi saya terpaksa membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN lah yang sebenarnya mempunyai perjanjian dengan sebuah syarikat yang berpejabat di Israel dan mereka bukan sahaja menjalankan operasi perniagaan beiasa tetapi mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Shin Bet,” tegas Anwar

17 Disember 2010

Gara-Gara Takut Dengan Anwar, Najib Rela Demokrasi Dikuborkan, Tragedi Hitam Parlimen Malaysia

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyifatkan kejadian menggantung empat ahli parlimen pembangkang oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai sejarah hitam dalam Parlimen Malaysia

Justeru Pandikar disalahkan kerana memperlihatkan sikap memihak kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dalam membuat keputusan menentang pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang ditemubual Tv Selangor selepas kekecohan menyifatkan Umno-BN menggunakan kuasa majoriti dewan untuk memanipulasi pencabulan dan kelemahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini satu tragedi hitam dalam Parlimen Malaysia di mana kegagalan Umno menjawap persoalan-persoalan yang mendepani rakyat pada hari ini tetapi menggunakan kuasa majoriti di dalam dewan untuk menutup kelemahan dan pencabulan yang dilakukan pemimpin Umno," kata beliau kepada wartawan Tv Selangor.

Sebelum ini dalam perbahasan di parlimen, Azmin mengingatkan agar ketua institusi-institusi tertinggi negara mengambil sikap berkecuali daripada pengaruh politik justeru mengekalkan sistem keadilan yang mampu dirujuk masyarakat.

Pengantungan Anwar Paku Terakhir Kepada Keranda Umno-BN

kerandaHari ini Umno-Barisan Nasional berjaya membunuh demokrasi di Malaysia untuk sekian kalinya.
Umno-BN menang dalam satu lagi langkah strategi mereka untuk menjatuhkan karier politik Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggantung beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Turut dimangsakan termasuk Ketua Whip Pakatan Rakyat di Parlimen iaitu Azmin Ali, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ini ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep 1 Malaysia yang menjadi projek kesayangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel, di mana kedua-dua gagasan menyatukan rakyat ini dicipta oleh firma pelobi antarabangsa yang pro Zionis-Israel, Apco Wordwide.

Ada beberapa intrepetasi penting langsung daripada Umno-BN yang akan memberi kesan jangka panjang kelak kepada politik Malaysia.

Pertama ia menunjukkan institusi Parlimen yang dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai benteng paling kukuh dan terakhir untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan politik negara ini kini telah disah sepenuhnya jatuh dalam kawalan penguasa Umno-BN.

Takut Berdepan Dengan Anwar, Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak harus dipertanggungjawabkan kerana menghancurkan sistem Parlimen Negara.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng mengatakan beliau tidak pernah melihat tonggak legislatif negara dilacurkan seperti yang disaksikannya hari ini.

"Sistem Parlimen di bawah Speakar telah gagal. Parlimen yang gagal. Sistem legislatif yang gagal,"kata Jui Meng, mengulas situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Jui Meng, beliau tidak pernah melihat keadaan seteruk ini apabila prinsip demokrasi dicabul dengan sewenang-wenangnya.

"Dua puluh dua tahun di dalam Dewan Rakyat, saya tak pernah nampak peristiwa yang begitu hodoh dan bodoh.

" Hodoh kerana telah mencemarkan prinsip demokrasi dan keadilan, di mana sesiapa yang dituduh harus diberi peluang untuk pertahankan diri," kata Jui Meng, ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pemimpin veteran politik tanahair itu juga menambah, rakyat adalah sebaik-baik hakim apabila sistem negara tidak lagi memihak kepada mereka yang menuntut kepada keadilan.

" Sekarang kita tahu kalau pergi mahkamah tiada harapan. Kalau pergi Parlimen lebih teruk dari kehakiman. Mana lagi? Kepada rakyat," kata Jui Meng.

Hari ini menyaksikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Anwar membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.-TVSNews

16 Disember 2010

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

Dr Tan Kee Kwong
Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej 'bankrap' yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyal sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat.

"Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Fekda di seluruh negara.

 Tolak Najib Makhluk Perosak Yang cuba belakangkan demokrasi

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar (gambar) menyeru anak muda menolak ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap menolak sistem demokrasi di negara ini.

Firdaus berkata, ucapan Najib dalam satu majlis Sabtu lalu bahawa tidak ada parti lain boleh memerintah sekiranya Umno/Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang amat mengecewakan.

"Saya selaku pengarah pilihan raya pemuda melihat ucapan Najib ini satu ucapan membelakangi demokrasi. Seorang Perdana Menteri tidak sepatutnya bercakap begitu. Kita ada sains politik, kita ada pakar-pakar politik yang membincangkan mengenai demokrasi, dan banyak peruntukan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses demokrasi berjalan di Malaysia.

"Tapi kenyataan Perdana Menteri itu mengecewakan kita seolah-olah kalau Umno kalah tak ada siapa boleh menang. Mana boleh macam itu.

"Jadi saya mengajak anak muda untuk mengambil perhatian terhadap ungkapan ini dan saya menjangkakan akan lebih dahsyat lagi keluar dari pemimpin-pemimpin Umno yang menggambarkan kepada masyarakat kampung kalau BN kalah habis semua, hancur lebur," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Anwar : Parlimen Diperkudakan

Datuk Seri Anwar melahirkan rasa kesal dengan tindakan Umno menyalah guna kuasa majoritinya dalam Parlimen dan tindakan Speaker yang tunduk kepada telunjuk pemerintah dalam membenarkan usul untuk tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung enam bulan tanpa diberi peluang membela diri.

Tiga ahli parlimen itu adalah Karpal Singh dari DAP, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari Parti Keadilan Rakyat. Mereka tidak diberikan notis atau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menjawab apa-apa tuduhan-tuduhan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz untuk membawa usul itu atas alasan ia mempunyai kepentingan awam tetapi enggan menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

"Saya lihat prosedur Parlimen itu dipermainkan. Kita hujah panjang manapun diketepikan kerana (BN) menggunakan kuasa majoriti. Sebab itu kita kesal dan membantah keras persetujuan speaker membenarkan. Memang angkuh dan salah Umno-Bn menggunakan kuasa mereka, tetapi menggunakan saluran Speaker yang mempertahankan dengan peraturan padahal prinsip membela diri dan menjelaskan, bagi seminggu, bagi keterangan...itu pun tidak berlaku," Anwar memberitahu pemberita.

WikiLeaks: Najib silap catur media Umno

                                            


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang beliau akan didakwa di mahkamah.

Apatah lagi, negara digemparkan dengan dakwaan skandal pembabitan perdana menteri itu dengan kes pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks.

“Usaha memadamkan kes Altantuya nampaknya gagal dengan kesilapan Najib Razak mencatur media pro kerajaan, nampaknya gelombang wanita Monggolia tiba lagi dan kini ada alasan baru kes Altantuya disebut balik sebab Najib seperti “mahukan” kisah itu, kita akan sambut dengan sebaiknya,” kata Ketua Ketua Penerangan Pas Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Presiden Umno itu juga katanya cuba memperbesarkan pendedahan mengenai dakwaan terhadap Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat, dalam masa yang sama beliau terlupa wikileaks juga mendedahkan isu masa depan Najib dengan skandal pembunuhan Altantuya tidak lama dahulu

15 Disember 2010

Mahathir Makhluk Perosak Masih Dilatari Dendan Kesumat Terhadap Anwar Ibrahim

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong pendapat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew terhadap dakwaannya liwat terhadap timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan laman web Wikileaks dilatari oleh dendam kesumat pemimpin tersebut.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dr Mahathir sanggup melacurkan prinsipnya dalam hal yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Media pro Umno-Barisan Nasional hari ini melaporkan Dr Mahathir yakin Menteri Mentor Singapura itu tahu mengenai tuduhan berkaitan kes liwat yang membabitkan penglibatan Ketua Pembangkang itu.

"Kenyataan-kenyataan Kuan Yew sebelum ini tidak pernah disokong oleh Dr Mahathir tetapi kali ini, oleh kerana dendam kesumatnya terhadap Anwar. Beliau mengabaikan prinsip dan maruahnya dengan membuat sokongan yang kita tahu tidak ada asas sama sekali.

"Kalau kita kata asas sokongan terhadap kenyataan Kuan Yew dibuat atas fakta dan undang-undang maka bolehlah kenyataan tersebut didokong atau pun disokong.

Anwar Cabar Najib Minta Singapura Dedahkan Maklumat Pembunuhan Altantuya

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya meminta kerajaan Singapura mendedahkan bukti pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya Datuk Seri Najib Razak yakin beliau tidak berkait langsung dengan jenayah tersebut.

"Bukan saya yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung saya cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.

"Tapi saya juga nak beritahu kepada Singapura supaya jangan masuk camour hal ehwal kita. Jaga urusan kamu jangan nak tunjuk angkuh dan song dengan kita. Hal kita dengan Najib, biar kita sahaja yang lawan, jangan pulak nak masuk campur urusan dalaman Malaysia," Anwar memberi amaran.

Bercakap kepada lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat di Ceramah Isu Semasa di Tapak Pasar Malam, Taman Melati malam tadi juga menyelar Umno-Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh menghentam beliau dalam media milik mereka berhubung pendedahan laman web Wikileaks mengenai dakwaan kononnya beliau "masuk perangkap" yang dirancang oleh kerajaan dalam pertuduhan fitnah kali kedua.

Altantuya:Najib Perlu Perjelas Laporan Wikileaks

Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi

14 Disember 2010

Tun Razak BUKAN Pengasas Felda

felda29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini - Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda.

Selama lebih 50 tahun, Umno telah menipu rakyat negara ini dengan menyelewengkan sejarah sebenar penubuhan Felda dengan mengatakan agensi tersebut telah ditubuhkan oleh Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia dan juga ayah kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib dan dengan hujah kaitan itu maka Umnolah yang berperanan besar menubuhkannya.

Malah Najib menggunakan alasan ini untuk meletakkan Felda di bawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.

Najib juga pernah menyatakan seolah-olah beliau mewarisi tanggungjawab untuk membela peneroka Felda dari ayahnya.

Isu FELDA: Najib Pengkhianat Sebenar- Dr Tan Kee Kwong

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai pengkhianat sebenar oleh Mantan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Ini kerana katanya rizab tunai agensi itu susut mendadak selepas Najib mengambil alih syarikat itu pada tahun 2005.

Tegasnya, tindakan terdesak itu juga ujarnya disebabkan Najib ingin menjaga 40 kerusi Parlimen yang terletak di bawah kawasan FELDA seluruh negara.

Dihubungi Tv Selangor Dr Tan berkata, selepas Najib mengambil alih pengurusan FELDA, rizab tunai lembaga itu jatuh daripada RM4.5 bilion kepada RM1.2 bilion.

Beliau mendakwa Najib sebagai individu yang bertanggungjawab penuh ke atas FELDA membazirkan RM3 bilion melalui pelaburan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures.

FELDA juga baru-baru ini kata Dr Tan, cuba meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat kekurangan rizab tunai walaupun aset dari hartanah dan pegangan sahamnya banyak.

"Banyak lagi kes peneroka yang tidak berpuas hati tentang Tabung Tanam Semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...