Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

26 Disember 2010

Janji 100 hari bila tadbir Pusat – Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal atas tindakan sesetengah pihak mempertikaikan hasrat Pakatan Rakyat untuk melaksanakan program 100 hari jika ditakdirkan dapat menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.

Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dilaksanakan setelah dapat menawan kerajaan pusat bukannya untuk dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat masa kini.

“Dia orang ni tak faham atau takut dengan janji program 100 hari ni”ujar beliau ketika ditemui disidang media selepas merasmikan Majlis Kahwin Perdana bertempat di Pusat Tarbiah Negeri Kelantan(PUTIK) hari ini.

“Kita akan laksanakan bila Pakatan dapat memerintah Pusat, tunggulah dan janganlah pulak nak jadi gangster”kata beliau lagi
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin agar ia dilaksanakan terlebih dahulu di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat masa kini.


Menyentuh mas kahwin yang terlampau tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, beliau amat sedih dan tidak bersetuju dan langkah kerajaan mengadakan program kahwin Perdana ini juga adalah untuk meringankan beban keluarga pengantin.

“Bagi diri saya dengan mengadakan seperti ini ia dapat menyelamatkan keluarga dari berlakunya pembaziran dan boleh meringankan beban rakyat negeri ini dan sebagai tanda gembira saya ingin mengadakan kenduri satu hari nanti bagi meraikan pasangan dari kalangan masyarakat Orang Asal yang berkahwin hari ini dan guna duit saya sendiri bukannya duit-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...