Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

27 Ogos 2013

Altantuya: Jangan jadikan Malaysia bahan ketawa


Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berharap agar mahkamah membuat perbicaraan semula berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bagi mengetahui siapa sebenar yang mengarah dan membunuh wanita Mongolia itu.

Beliau berkata, perbicaraan semula itu amat penting bagi mengelakkan Malaysia menjadi bahan ketawa negara lain kerana terdapat kes pembunuhan tetapi tidak diketahui siapa pembunuhnya.

"Mahkamah telah memutuskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar tidak bersalah daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia dan itu satu keputusan yang baik.

25 Ogos 2013

Sirul, Azilah bebas Najib makin tidak bebas


Dengan pembebasan Sirul Azhar dan Azilah Hadri semalam, persoalan yang bermain-main di fikiran rakyat ialah siapakah sebenarnya yang membunuh dan mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurut penulis Shahbudin Husin, di laman-laman sosial Facebook dan Twitter, isu ini menjadi paling hangat semalam dengan pelbagai pihak tampil sama ada meluahkan kemarahan, sindiran dan pelbagai tafsiran mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Baginya, walaupun Altantuya bukan warga Malaysia, rakyat kita tampaknya begitu prihatin dalam soal keadilan sejagat, lebih-lebih lagi kes pembunuhan melibatkan beliau merupakan kes yang dianggap berprofil tinggi.

Sementara ada pihak yang gembira dan menitiskan airmata kerana pembebasan Azilah dan Sirul itu, ramai juga pihak yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita dengan keputusan itu.

“Bapa Altantuya yang tentu paling kecewa menuntut kerajaan Mongolia supaya campur tangan dalam hal ini,” tulis beliau di dalam blognya > DI SINI

13 Ogos 2013

Pak Lah sudah jelaskan, tunggu jawapan Mahathir


Walaupun dengan adanya penafian Pak Lah buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, jawapan daripada Mahathir mengenai perkara-perkara yang disebut secara langsung dan melibatkan dirinya sebagaimana yang cakapkan oleh Pak Lah sendiri dalam wawancaranya itu, ia tetap memerlukan jawapan balas daripada Mahathir.

Shahbudin Husin di dalam blognya berpandangan, Mahathir tetap tidak boleh berdiam diri atau melupakan saja serangan-serangan Pak Lah terhadapnya itu.

Malahan, baginya apabila beberapa hari lalu Mahathir menangguhkan untuk memberi reaksi mengenai buku ini atas alasan belum membaca dan mahu mengkajinya terlebih dahulu, ia sebenarnya semakin meningkatkan keinginan orangramai untuk mengetahui apa pula jawapan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

11 Ogos 2013

Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak


Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak, ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri.

Bagi Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah, cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bola sepak negara diberi nafas baru.

“Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bola sepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?” tanya beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam.

10 Ogos 2013

Pandangan Prof Mohammad Agus Yusoff selepas 100 hari pemerintahan PAS di Kelantan.


Selepas 100 hari pilihan raya umum berlalu, saya perhatikan tidak ada keghairahan baru dalam politik Kelantan. Ini kerana kerajaan barunya sekadar meneruskan dasar lama sahaja. Kenapa begitu kering dan miskinnya idea kerajaan baru Kelantan ini? Adakah cukup sekadar menjadi kerajaan ‘punch card’ sahaja—masuk pejabat jam 8pagi dan balik jam 5ptg?

Persoalannya, jika sekadar meneruskan dasar lama sahaja, mengapa tidak meneruskan projek Lebuh Raya Rakyat? Mengapa diam sahaja dengan projek stadium? Teruskanlah sahaja dua projek lama tersebut kerana ia membawa manfaat untuk rakyat, khususnya Projek Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan negeri perlu tahu bahawa rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur sudah tidak tahan lagi memandu kereta sehingga 15 jam untuk sampai ke Kota Bharu semata-mata kerana jalannya sesak.

Apa Pula Muslihatnya Nurul Izzah Dijemput Lancarkan Buku Pak Lah? - Shahbudin Husin


Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.

Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

08 Ogos 2013

Mahathir-Pak Lah kembali ‘panas’ menjelang 1 Syawal


Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Menurut penulis Shahbudin Husin, maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.

“Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri,” tulis beliau di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com seperti di bawah.

04 Ogos 2013

Politik Menantu Dan Politik Anak Hantu -Shahbudin Hussin


Presiden Pas, Haji Hadi Awang tidak pernah tercemar kedudukan dan wibawanya sebelum ini. Tetapi kini kerana menantunya, Zaharudin Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas yang didakwa mempunyai pengaruh serta sering campurtangan dalam urusan parti, titik-titik hitam seakan mulai muncul membayangi kepimpinannya.

Ini mungkin sesuatu yang tidak dijangka oleh Haji Hadi sendiri, namun kini orang sudah bercakap macam-macam mengenai kepimpinannya. Semuanya kerana terlihat adanya pengaruh menantu dalam kepimpinannya sejak kebelakangan ini walaupun di zaman mudanya, Haji Hadi merupakan pemimpin yang digeruni dan disanjung tinggi.

Hari itu saya sendiri yang lawan hakim


Petisyen Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dengan kos, saya sebagai pempetisyen memberanikan diri bangun untuk minta izin bercakap.

Kelihatan pegawai polis yang bertugas cuba bangun untuk menghalang tetapi Yang Arif Hakim membenarkan saya bercakap.

Dalam kesempatan itu saya bercakap dua perkara. Yang pertama mohon kos yang dikenakan ditolak @ dikurangkan kadarnya. Keran kos yang dikenakan membebankan dan mendera pempetisyen.

Saya beritahu kos yang dikenakan kepada semua pempetisyen sebelum ini terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Petisyen pilihan raya: Mala petaka kepada sistem kehakiman negara


JUHAM amat terkejut dengan ‘trend’ penolakan majoriti Petisyen Pilihanraya oleh Mahkamah-Mahkamah Pilihanraya di seluruh Malaysia yang berasaskan alasan dan tafsiran undang-undang yang berbeza antara satu Mahkamah dan satu Mahkamah yang lain. JUHAM melihat ‘trend’ ini adalah suatu perkara yang amat berbahaya dan merupakan malapetaka kepada sistem kehakiman Malaysia.

2). Barisan Peguam JUHAM yang terlibat secara langsung dengan Petisyen Pilihanraya di seluruh negara rata-rata melahirkan rasa hairan dan terpinga-pinga dengan ‘trend’ ini, lebih-lebih lagi wujudnya pelbagai pandangan yang berbeza dan tiada konsistensi antara Hakim-Hakim Pilihan Raya sehingga menyebabkan ada Petisyen yang ditolak dan ada pula yang diteruskan dengan Perbicaraan walaupun alasan kepada Bantahan Awal terhadap Petisyen tersebut adalah alasan yang sama dan pernah diputuskan oleh Mahkamah-mahkamah Pilihan Raya sebelum ini.

02 Ogos 2013

Mahkamah pilihanraya jadi jalan buntu


PAS menyifatkan, mahkamah pilihanraya yang menjadi tempat akhir saluran sah rakyat mengadu mengenai kepincangan pilihan raya kini bertukar menjadi jalan buntu.

Ini berikutan pelbagai keputusan yang dibuat oleh mahkamah berkenaan sangat diragui dan menyusahkan pihak-pihak yang ingin mencari keadilan, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau bertanya, apakah penalti yang tinggi yang dikenakan pada pempetisyen pilihanraya ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihanraya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak berpuashati atau ini satu trend baru dalam kehakiman?

01 Ogos 2013

Pemilihan semula: Kerisauan DAP jadi kenyataan


Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam.

"Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini," kata Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya


PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...