Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Januari 2011

Malaysia Banyak Persamaan Dengan Pemerintahan Kuku Besi Di Mesir

Yusmadi Yusuff
Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan pemerintahan kuku besi yang dilaksanakan oleh regim pimpinan Presiden Hosni Mubarak di Mesir, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Justeru itu katanya, kerajaan Malaysia perlu mengambil pelajaran dan iktibar dari kebangkitan rakyat Mesir yang bangun menentang kuasa diktator itu, sepertimana yang berlaku di Tunisia apabila Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan rakyatnya sendiri.

“Perkara ini timbul apabila rakyat sudah tidak tahan dengan tindakan pemimpin mereka yang menindas rakyat dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Apabila rakyat bersatu dan melakukan demonstrasi, mereka akan melaungkan suara mewakili seluruh Mesir.

Menurut Yusmadi persamaan yang wujud antara Mesir dan Malaysia adalah dasar-dasar pemerintahan yang dilakukan Hosni Mubarak, mirip kepada dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa ini.

PRK Dun Merlimau: Penamaan Calon 26 Feb, Pengundian 6 Mac


Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Gambar) melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis pada 28 Januari.

Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Polis, Tentara, JPA, Diskriminasi Pengundi Cina


DAP mendakwa terdapat diskriminasi dilakukan dalam pemberian bantuan pengundi untuk keluar mengundi di kawasan banjir dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang.

Hal ini berikutan bantuan yang dihantar pasukan Polis, Tentera dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dihantar ke kawasan kampung dan FELDA.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menganggap hal ini sebagai diskriminasi kerana kawasan Pekan Labis Tengah dan Labis Timur merupakan kawasan majoriti Cina yang dianggap penyokong kuat Pakatan Rakyat.

"Kita ada terima aduan pada tengah hari sebab mereka tak dapat keluar lepas itu kita sendiri hantar kereta untuk angkut pengundi ke pusat pembuangan undi. Tapi masalahnya banjir di beberapa pusat pembuangan undi di Labis Tengah dan Labis Timur tapi kita tak nampak ada kenderaan dari polis, bomba atau JPA tapi kita terima berita bahawa kenderaan kerajaan dihantar ke kawasan Felda dan kampung" ujar Boo.

30 Januari 2011

Pengundi DUN Tenang perlu berani buat perubahan


Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang untuk membuat keputusan tepat bagi memilih wakil rakyat baru, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menegaskan penerangan mengenai peri pentingnya untuk rakyat memenangkan Pakatan sudah disampaikan, beliau mengingatkan pengundi supaya tidak memandang pilihan raya kecil semata-mata dari konteks tempatan tetapi harus berdasarkan isu semasa dan senario politik di seluruh negara.

“Bukan bermakna semua beban rakyat Malaysia ditanggung pengundi DUN Tenang tetapi itulah hakikatnya. Kebijaksanaan membuat keputusan politik akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Jika pengundi DUN Tenang yang terletak dalam negeri yang dikatakan kubu kuat Umno Barisan Nasional (BN) berani melakukan perubahan, ia pasti mendorong kerajaan memikirkan semula polisi dan dasar mereka selama ini,” katanya pada ceramah, malam tadi.

 Jentera PAS optimis buat kejutan esok


Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang, PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub (gambar) berkata, setelah membuat usaha terbaik, beliau telah meminta jenteranya dan semua ahli dan pimpinan PAS berdoa kepada Allah kerana hanya Dia yang berhak untuk menentukan segala-galanya.

Salahudin berkata demikian kepada Harakahdaily ketika dihubungi menjelang tengah malam 29 Januari iaitu menjelang tempoh kempen tamat sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil esok.

Pembuangan undi bermula jam 8 pagi esok di 12 pusat mengundi yang mempunyai 32 saluran.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru penduduk di kawasan pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri (DUN) Tenang menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelak hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok.

"Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi...jangan tangguh-tangguh," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini.

Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

29 Januari 2011

MP Padang Serai umum letak semua jawatan PKR


Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.

"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.

Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.

Laporan CNN: Najib Jaga Tepi Kain Anwar, Kata Pemimpin PKR


Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan saluran diplomatik untuk “kepentingan peribadi” dengan meminta kerajaan Arab Saudi menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembiayaan pilihan raya.

Sedangkan, Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan enggan menyiasat aliran keluar wang haram yang didakwa mencecah RM888 bilion, yang lebih “mencemaskan”, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata PKR sangat mual dengan tingkah laku Najib yang dilaporkan menekan kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan bahawa Anwar dibiayai tokoh-tokoh Saudi.

“. . . sedangkan sehingga sekarang PM masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI,” kata Rafizi yang juga ketua eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

PRK DUN Tenang : Kredibiliti Cikgu Mala Kukuh





Walaupun Umno-BN menggunakan pelbagai cara untuk merendahkan kredibiliti calon Pakatan Rakyat DUN Tenang Normala Sudirman, namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan Pimpinan Pakatan Rakyat dan pengundi DUN Tenang terhadap beliau.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Normala mampu membawa isu dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut beliau, menghantar seorang lagi calon BN hanya menambah golongan 'pak angguk' di DUN Johor dan tidak mampu menyuarakan kegusaran rakyat.

"Kita mahu dia bawa isu rakyat. Bukan kita mahu dia ke DUN setuju semua. Dah ramai dah wakil Umno di situ, cukuplah.

Yang tak payah belajar banyak. Nak jadi wakil rakyat Umno senang, cakap 'saya setuju'. Yang kita nak ialah yang boleh bawak bawak masalah. Masalah apa sekarang? harga barang," tegas Anwar.

Bodoh punya menteri kata PR banyak main politik tapi Umno banyak main pondan


WarkahDaily – Bodoh dan bangang menteri ni sorang. Dah habis modal dah nak lawan Pakatan Rakyat Selangor. Semuanya nak bagi rakyat lupa pasal penderhakaan dan penghinaan Adun-Adun Umno-BN terhadap Sultan Selangor tempoh hari dalam persidangan DUN Selangor.

Hang jangan ingat rakyat tak reti nak menilai tentang penghinaan yang pemimpin Umno lakukan tu. Oleh kerana tiada modal untuk balas hujah, duk sibuk pulak arahkan kerajaan PR Selangor jangan banyak main politik dan beri tumpuan kepada pentadbiran negeri.

Woi!...sekarang ni, siapa yang datang ganggu pentadbiran kerajaan PR Selangor dengan melantik SUK tanpa ada pertemuan dahulu (perbincangan) dengan tuan punya rumah (MB Selangor)?

Hangpa jangan ingat orang lain tak tahu tujuan hangpa buat macam tu. Hangpa sengaja lantik orang yang boleh jadi duri dalam daging kepada kerajaan PR di Selangor. Sebab hangpa memang nak kucar-kacirkan negeri PR.

28 Januari 2011

Kepulangan pengundi di luar Tenang bantu kemenangan Pakatan


Pengundi di Tenang perlu melihat pilihan raya kecil di Tenang bukan sekadar proses memilih kepimpinan di peringkat negeri semata-mata, sebaliknya turut memberi kesan langsung kepada lanskap politik nasional.

Justeru, pengundi perlu membuat pilihan yang betul kerana jika Pakatan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, ia Pasti membuka lebih ruang untuk Pakatan di peringkat nasional, seterusnya memungkinkan janji-janji dalam Program 100 Hari PakatanRakyat dilaksana dengan lancar.

Demikian seruan Pengarah Pilihan Raya Tenang, Salahuddin Ayub kepada pengundi yang tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum mengundi wakil rakyat baru berikutan kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum ini, Datuk Sulaiman Taha akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Mengulas tentang pengundi Cina yang dikata mampu mempengaruhi hala tuju keputusan pilihan raya 30 Januari ini, Salahuddin gembira dan berpuas hati dengan sambutan daripada masyarakat Cina sepanjang kempen berlangsung.

Tok Guru : Agama Dan Politik Harus Selari


Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Tambahnya, pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.

"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu? Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari," ujar beliau ketika memberi ucapan pada sesi penerangan kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang malam tadi.

Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menyentuh pemerintahan Umno-Barisan Nasional yang mengamalkan dasar pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah naungannnya.

Beliau berkata, sikap Umno-BN yang kononnya ingin membela nasib Melayu tidak memperluaskan dasarnya secara menyeluruh.

Media Arus Perdana Kelirukan Melayu, Bukan Melayu Kena Tempias- Asri


Media arus perdana Malaysia yang berada di bawah kawalan pemerintah menjadi antara penyumbang masyarakat Melayu di negara ini terkeliru dengan ajaran Islam sebenar.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, justeru tidak mustahil, bukan Islam juga turut menerima tempias daripada fahaman Islam yang dipengaruhi sentimen bangsa oleh pihak tertentu demi melunaskan agenda politik masing-masing.

"Kalau orang Melayu awam, mereka kadang-kadang faham Islam macam mana yang ditonjolkan oleh kehendak politik kebelakangan ini. Islam yang menimbulkan permusuhan, Islam yang menghalang orang bukan Islam itu memahami Islam dengan lebih mudah, Islam yang menghalang perpaduan, Islam seperti ini mereka dapat dari media.

"Isu-isu ini cuba dimainkan dan kerana ini mereka juga terikut-ikut dengan apa yang dibawa oleh media perdana dan media cetak umpamanya yang menyebabkan mereka mentafsirkan Islam dalam kerangka Melayu. Saya rasa mereka ini menjadi mangsa percaturan kehendak orang politik yang menggunakan Islam," jelas Dr Asri ketika dihubungi Tv Selangor.

Beliau merujuk laporan media arus perdana yang berunsur provokatif seperti yang menimpa Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan banyak lagi.

Bahaya Pembaziran Rosmah


Rashidi Hassan
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan membuat perbelanjaan yang besar semasa mengunjungi negara-negara Arab baru-baru ini.

Kunjungan Rosmah ke negara terbabit, mendapat respon yang amat negatif dari kalangan rakyat.

Negatif kerana rakyat terkejut dengan dakwaan perbelanjaan yang amat besar oleh isteri Perdana Menteri.

Rakyat juga mempersoalkan apakah kewajarannya Rosmah mengunjungi negara-negara terbabit, kerana Malaysia sudah mempunyai sistem pemerintahan sendiri, ada kerajaan dan ada menteri yang bertugas pada bidang-bidang yang telah dikhususnya.

Sehingga ada kalangan rakyat mempertikaikan, apakah peranan Rosmah sebenarnya. Isteri PM atau orang politik yang berjawatan Menteri, atau punyai jawatan yang lebih tinggi daripada itu.

27 Januari 2011

Laksanakan 'PAS Ganti Umno' di Tenang


Suhaimi Mokhtar
PAS ganti Umno, satu slogan yang progresif, merangsang pembakaran semangat dan daya juang yang perlu dikekalkan momentumnya kerana ia mampu menukar lanskap politik tanahair dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Slogan yang sarat dengan erti perjuangan ini perlu digilap dan diperbaharui sepanjang masa bagi merealisasikannya menjadi realiti dan tidak tinggal menjadi slogan semata-mata. Penghayatan, dukungan dan komitmen seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS mampu nanti memberi inspirasi kepada rakyat, khususnya pengundi terutama generasi muda, antaranya yang mengundi buat pertama kalinya dalam pilihanraya ke-13 ini.

Mulakan perjuangan untuk merealisasikan slogan keramat ini dalam pilihanraya kecil Tenang. Suatu kejutan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai dan paling kurang majoriti Umno-BN dikubu kuat mereka akan mengecil yang memberi petanda dan isyarat bahawa perubahan besar sedang melanda politik negara.

PAS memang tepat dan wajar mengganti Umno kerana persaingan politik di negara ini sejak pilihanraya pertama 1955 sebelum merdeka lagi ialah antara PAS dan Umno. Pada pilihanraya pra-merdeka pada 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan, PAS ketika itu mampu meraih satu kerusi sahaja.

Tetapi dalam pilihanraya-pilihanraya seterusnya, pada 1959 dan seterusnya, PAS telah membuat kehadirannya dirasakan dan memberi saingan hebat, walaupun mengalami jatuh-bangun dalam perjuangan politik tanahair selama demokrasi melalui pilihanraya diperkenalkan dinegara ini.

Soi Lek Buta Tamadun, MCA Anti Islam


: MCA merupakan anti Islam yang sebenar dan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat sebagai tidak mempunyai pemahaman agama dan memahami agama-agama lain di negara terutamanya Islam yang merupakan agama rasmi.

Naib Presiden PAS, Salehhuddin Ayub berkata demikian ekoran dakwaan Soi Lek dalam satu ceramah di Tenang yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa penggunaan sarung tangan oleh calon PAS Pilihanraya Kecil N05 Dewan Undangan Negeri Tenang, Normala

Sudirman sebagai tidak ikhlas dan penuh kepura-puraan.

Soi Lek juga dilaporkan mempersoalkan apa yang begitu hebat hingga perlu mempelajari nilai-nilai dalam Islam dan mengatakan beliau tidak tahu mengenai nilai-nilai Islam kerana beliau bukan Islam.

Salehuddin berkata, tindakan Soi Lek hanya memperkukuhkan kenyataan bahawa MCA sebenarnya parti yang anti Islam.

26 Januari 2011

PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno


Majdan Yahya
Tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu.

Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah.

Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.

25 Januari 2011

UMNO - Sokongan Rakyat Ibarat Tali Gasing, Semakin Kehujung Semakin Halus.


Aspan Alias
Dalam waktu lapang saya selalu berfikir bagaimana hendak menyatakan hasrat rakyat yang sebenarnya sehinggakan kita semua sudah tidak faham lagi kenapa masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam politik sudah begitu celaru. Semua pihak menuduh diantara satu dengan lain bertanggungjawab kerana wujudnya situasi politik yang berkecamuk sehingga sudah tidak ada lagi ‘political sanity’ yang ‘basic’ kepada kita semua.

Bagi saya mesti ada setidak-tidaknya seorang yang berani tampil menyatakan isu yang sebenarnya yang kita semua hadapi. Suara itu mestilah timbul dengan cadangan dan kaedah penyelesaian yang ampuh terhadap keadaan yang memungkinkan jahannamnya sebuah negara demokrasi yang dianugerah tuhan dengan kekayaan yang melimpah ruah seperti negara kita ini.

Banyak persoalan yang timbul dipemikiran kita bila kita memusatkan pandangan kita terhadap keadaan tidak menentu yang kita alami sekarang ini. Negara kaya tetapi rakyat masih lagi miskin harta benda dan fakir dari segi pemikiran dan sikap kita. Kita tidak boleh menafikan yang negara kita adalah diantara negara yang terkaya.

Pindaan Bagi Selamatkan Selangor Dari ‘Budak Suruhan Putrajaya’


Ahli Dewan Undangan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menjelaskan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri yang mahu dilaksanakan kerajaan Selangor bertujuan mengelak usaha campurtangan yang dilakukan kerajaan Pusat dalam pentadbiran negeri.

Menurutnya, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Khusrin Munawi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan tindakan Putrajaya meletakkan ‘budak suruhan’ mereka di Selangor untuk mengkucar-kacirkan pentadbiran yang diterajui Pakatan Rakyat.

Lebih teruk, katanya, kebolehan serta keupayaan ‘budak suruhan’ ini amat diragui dalam menjalankan tugasnya, baik oleh kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat.

“‘Budak suruhan’ Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai ‘beraja di mata, bersultan di hati’, dan bukannya baginda Sultan Selangor yang kita kasihi.

Umno rosakkan demokrasi, Raja Berperlembagaan


Persidangan Dun Selangor hari ini akan menulis semula sejarah berdasarkan fakta dan ilmu, kata Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.(gambar)

“Di mana anak bangsa kita khususnya rakyat Negeri Selangor akan diingatkan bahawa Umno yang merosakkan dan menjahanamkan institusi-institusi demokrasi termasuk sistem Raja Berperlembagaan dalam Negara Malaysia yang tercinta ini,” ujarnya semasa membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

Katanya, orang Melayu tidak mudah lupa dan rakyat Malaysia juga tidak mudah lupa tetapi yang mudah lupa hanyalah pemimpin-pemimpin Umno dan mereka ini sering menjadi mangsa propaganda yang mereka cipta untuk menipu rakyat.

Ini, tambahnya yang tertipu bukan rakyat tetapi mereka sendiri.

Justeru, beliau amat bimbang usaha-usaha Umno sekarang ini yang terdesak untuk menyemarakkan politik perkauman sempit yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini

24 Januari 2011

Tanya Muhaidin Kenapa Isterinya Pakai Tudung, Kenapa Isteri Najib Tidak Pakai Tudung

Mohd Sayuti Omar ( MSO )  
SOAL kenapa 'Shopia Loren' (Islam) tidak bersalam dengan lelaki bukan muhram rasanya sudah difahami sedalam-dalamnya oleh pengundi beragama Islam di Tenang, Johor. Sepatutnya perkara itu tidak menjadi masalah. Adalah menghairankan kenapa pemimpin Islam dalam UBN tidak menjelaskan perkara itu kepada Chua Soi Lek atau Ng Yen Yen atau mana-mana pemimpin kafir yang jahil murakab mengenai Islam.

Kafir ertinya makhluk yang enggan beriman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks Islam mereka yang enggan beriman kepada-Nya tidak akan memasuki syurga sehinggalah ia mengakui akan keagungan Allah.

Normala Sudirman calon Pas di Tenang adalah orang Islam yang mengambil berat kepada perintah agamanya. Jadi sebagai orang Islam dia wajib patut kepada peraturan dan hukum hakamnya. Mereka yang tidak mematuhi kepada hukum hakamnya bermakna ia tidak memathui hukum yang diturunkan Allah. Munafik. Sebenarnya juga menjaga aruat diri lebih penting dari menjadi calon dalam pilihan raya.
Jadi kalau Normala tidak bersalam dengan lelaki bukan disengajakan tetapi ia adalah perintaha Allah dan larangan agamanya. Sepatutnya hakikat ini difahami dan tidak mudah untuk mengecerkan kejadian itu sebagai isu dan modal politik murahan.

Apa tunggu lagi, bagi roboh itu Umno


Bacalah dengan tenang luahan hati seorang pemandu teksi berbangsa Tionghua di Malaysia tentang situasi negaranya yang ditadbir oleh UMNO/BN ketika ini. Pernyataan yang akan anda baca penuh bersahaja dan ikhlas. Hebat, walaupun diungkapkan oleh individu marhaen. Saya memungutnya dari catatan Kadir Jasin.

"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup untuk makan dan sewa rumah. Harga barang-barang naik melambung. Tapi lagi sakit hati saya apabila pemimpin kerajaan bandingkan harga dengan negara luar. Betullah, harga di sana lebih murah, tapi gaji mereka jauh lebih tinggi, berkali-kali ganda. Janganlah ingat kita ini bodoh.

"Malaysia ini cukup kaya. Jauh lebih kaya, dua tiga kali ganda daripada Singapura. Tapi you tengoklah sendiri, siapa yang senang? Duit tak sampai kepada rakyat. Orang berkuasa yang sapu. Siapa yang kaut semua? Sekarang, gaji di Singapura jauh lebih tinggi daripada kita walaupun negara kita sebenarnya lebih kaya

Umno Bingung hadapi Isu Negara Islam, Muhyiddin Menyokong Tindakan MCA Memainkan Isu Negara Islam Di PRK Tenang


Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.

“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong tindakan MCA untuk memainkan isu negara Islam di PRK Tenang.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata semalam.

23 Januari 2011

Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat


Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.

"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Normala : Pengundi Tenang Mampu Buat Perubahan



Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan dengan memberi undi kepada PAS seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor, kata Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman.

Normala juga menyatakan keazaman untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

22 Januari 2011

10,000 Penyokong PAS iringi Normala pada Hari Penamaan Calon



LABIS: Lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon Pas, Normala Sudirman pada Hari Penamaan Calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, pagi ini.

Hadir sama pimpinan Pakatan, antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Salahuddin Ayub dan ramai lagi.

Pada proses itu, pencadang bagi Normala ialah Mahat Jamin dan disokong Rusilah Ahmad manakala pencadang bagi calon BN, Azahar Ibrahim ialah Ma Chong Pah dan disokong Jayamaran a/l Chinasamie.
Terdahulu, polis sejak pagi lagi mengadakan sekatan jalan raya, bermula dari simpang ke pekan Pagoh, sehinggalah ke kawasan berhampiran pusat penamaan calon.

Masa untuk pencalonan berakhir jam 10 pagi dan tiada calon selain Pakatan dan Barisan Nasional (BN) bertanding di DUN berkenaan.

Selepas tempoh bantahan berakhir jam 11 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima tiga bantahan tetapi semuanya ditolak.



.Sumber Di Sini

Lebih baik Rosmah saja jadi PM


Ahmad Lutfi Othman
Kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin mengulas beberapa respons dalam blognya, mengenai pembabitan aktif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, terutama dalam lawatan terbaru ke Asia Barat (kunjungan empat hari ke Oman). Rosmah ke sana bukannya kerana mengiringi Najib Razak. Ini bukan kali pertama Rosmah bertindak atas kapasitinya sebagai "First Lady", yang sebenarnya tiada diperuntukkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.

Melalui blognya, kadirjasin.blogspot.com, terdapat pembahas yang mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Menurut Kadir, seorang bekas menteri kanan yang diketahui cukup akrab dengan Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

21 Januari 2011

 Jangan Takut Najib, Terimalah Cabaran Anwar Untuk Berdebat





Najib Wajar Sahut Cabaran Anwar

Suhaimi Mokhtar  
Jangka hayat Barisan Nasional (BN) terutama parti dominannya, Umno yang menjadi komponan terbesar, tidak pernah menghadapi cabaran sehebat cabaran mutakhir ini,sebaik sahaja selepas pilihanraya 2008.

Umno bersama komponen partinya yang berjumlah 14 pertubuhan politik termasuk di Sabah dan Sarawak memerintah negara dan menguasai Kerajaan Pusat sejak merdeka pada 1957 sehingga kini dan cabaran yang dihadapinya tidaklah segenting selepas pilihanraya yang ke-12 yang lalu.

Umno selamanya menghadapi cabaran dan saingan dari PAS dan dalam pilihanraya-pilihanraya sejak 1959 PAS telah memberi saingan hebat hingga dapat menguasai dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjang apabila PAS dapat membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu.

Tetapi Kerajaan PAS di Terengganu hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila Umno dengan manipulasi politik kotor dan jijik menguasai semula kerajaan negeri melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri yang terkenal dengan peristiwa lompat parti menyebabkan kerajaan pimpinan PAS yang diketuai Menteri Besar Daud Abdul Samad tumbang.

Bernama Putar Belit Kenyataan Anwar Kerana Nak Selamatkan Najib


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih menunggu jawapan Pardana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan debat terbuka bekiau berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yanggah laporan.

Sambil membidas laporan Bernama yang memetik kenyataannya di Alor Setar semalam yang kononnya mengatakan beliautidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib, Anwar berkata pendiriannya berkenaan isu tersebut tidak berubah.

"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

Satu Lagi PRK Bakal Diadakan, ADUN Merlimau Meninggal Dunia

merlimau

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini.

Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.

Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827.

HarakahDaily

20 Januari 2011

Khir Toyo beri projek RM273 juta kepada Pengarah Ditamas


Mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo telah memberikan projek bernilai lebih RM244 juta secara runding terus termasuk beberapa lagi projek bernilai RM29 juta kepada syarikat milik Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni iaitu individu yang dikaitkan dengan kes rasuah beliau.

Pendedahan mengejutkan itu, yang dibuat oleh Setiausaha Menteri Besar Selangor Faekah Husin membabitkan lima projek yang diserahkan kepada Majulia Sdn Bhd syarikat kepunyaan Shamsuddin.

Antara lain projek itu diserahkan kepada Majulia Sdn Bhd untuk pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dan Fasa 2 dengan nilai RM83 juta. Ia juga turut melibatkan pembinaan perpustakaan Selangor bernilai RM71 juta dan pembinaan sebatang jalan di Sepang bernilai RM73 juta.

Pakatan Rakyat jumpa SPR 24 Januari


Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan khas dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya, jam 3 petang, bagi membincangkan lima perkara penting.

Perkara-perkara yang akan dibincangkan itu termasuklah cadangan undi proksi oleh SPR, persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dun, isu-isu lalu yang belum selesai termasuk undi pos dan pendaftaran pemilih.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, selain itu, dalam pertemuan itu juga akan turut dibincangkan tentang penubuhan kem askar wataniah seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan peraturan-peraturan baru bagi perjalanan pilihanraya yang akan diperkenalkan oleh SPR.

Menurut beliau, perkara-perkara itu perlu dibincangkan bagi melahirkan perjalanan pilihanraya yang telus, adil dan bebas menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

Sultan Selangor perkenan Sidang Dun pinda Perlembagaan Negeri


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri pada 24 Januari ini bagi tujuan meminda perlembagaan negeri itu.

Khalid berkata, semasa perjumpaan dengan Sultan Sharifuddin awal pagi tadi, beliau telah mempersembahkan Rang Undang-Undang bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio di Selangor.

“Kerajaan Negeri menyembah ucapan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah memberi perkenan untuk diadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.

Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong




Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong.

YB Teng  Chang  Khim
Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Menurut Fasal 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong,” kata Teng pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

19 Januari 2011

Dr Khir ‘agih’ 5 projek RM63 juta kepada seorang kroni




Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan Dr Mohamad Khir Toyo ketika berkuasa, memberi sekurang-kurangnya lima projek bernilai kira-kira 63 juta secara terus kepada sebuah syarikat yang dipercayai kroni bekas Menteri Besar Itu.

Faekah Husin
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata lima projek runding terus diberi kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai berbeza termasuk pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 dengan nilai RM22,880,000 bagi fasa 1 dan fasa 2 (RM61 juta).

Katanya, tiga lagi projek ialah mereka bentuk, membina dan menyiapkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju (RM71,080,000), cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama, Sepang (RM73,750,871.53) dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, Dengkil (RM14,999,000)

Beliau berkata, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd turut diberi projek secara penswastaan

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda


Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.


HarakahDaily

Debat Janji 100 Hari Pakatan Rakyat: Beri Peluang Kepada Rakyat Menilai



Dr Muhammad Nur Manuty
Keengganan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk menyahut seruan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan atau debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat seperti yang dikemukakan dalam Buku Jingga amatlah mendukacitakan kita.

Tujuan perbincangan terbuka ini adalah untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat – menjelaskan kepada rakyat sama ada benar janji 100 hari ini boleh menjerumuskan negara yang kita cintai ini menjadi muflis seperti Greece dalam masa dua tahun seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib? Malah, pelan 100 hari ini telah dibidas sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

Disebabkan kenyataan ini merupakan suatu tuduhan yang serius, sedangkan Pakatan Rakyat berkeyakinan tinggi bahawa dasar ini benar-benar akan dapat dilaksanakan, maka kedua-dua pihak bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat untuk menjelaskan kekeliruan.

18 Januari 2011

Dasar Islam: Jika tak boleh bawa seguni ambil secupak, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP.

Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu.

Kata Nik Aziz, DAP pernah meminta PAS menggugurkan dasar Islam lebih dua dekad yang lalu tetapi sudah mula memahami dan menerima pendirian parti itu.

“Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.

Undi proksi taktik terbaru SPR bantu BN kekal berkuasa?

DAP menentang sekeras-kerasnya cadangan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem undi proksi pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng yang terkejut dengan cadangan itu berkata, beliau percaya taktik itu bertujuan membuka ruang kepada BN bagi memanipulasi sistem undi bagi kepentingan politik.

“Berdasarkan rekod lampau BN yang menyeleweng proses pilihan raya secara melampau dan kegagalan SPR untuk memastikan pihak bertanding patuh kepada peraturan, kita percaya sistem undi proksi ini akan digunakan untuk ‘membenarkan’ kewujudan pengundi hantu,” kata Guan Eng.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana keputusan itu dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Pakatan Rakyat, sepertimana cadangan hampir 30 pindaan pilihan raya sebelum ini.

Nafi kempen untuk BN, kenyataan Markom bohong- AMK Johor

Ketua Angkatan Muda keadilan Johor Zabidie Abas menyifatkan Ketua Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berbohong apabila menafikan beliau berkempen kepada guru-guru di kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.

Ketuanya, Zabidie Abas berkata, bukti rakaman ucapan Markom di hadapan guru-guru Kaunseling di sebuah sekolah di Tenang jelas menunjukkan beliau berkempen untuk Umno dan Barisan Nasional.
“Dia berbohong sebab ada di kalangan guru-guru sendiri yang menyatakan jelas Markom berkempen politik untuk memaksa mereka mengundi Umno dan BN. Sebab itu kita berani buat laporan polis menyatakan dia berkempen sedangkan dia penjawat awam,” tegasnya.

“Tindakan Markom sebenarnya menunjukkan sikap beliau yang mahu berpolitik. Sekiranya beliau ingin menjadi ahli politik, sepatutnya meletakkan jawatannya seperti Normala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...