Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

28 Februari 2011

Najib Razak Cakap 'Tak Serupa Bikin' Tangani Perhimpunan Aman

Shamsul Iskandar Md Akin
Cakap tak serupa bikin, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak menghormati hak rakyat bersuara walaupun sering memberi nasihat sebegitu kepada pemimpin luar negara.

Itu rumusan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang kesal dengan tindakan polis sekali lagi menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan aman anjuran Parti Hak Asasi dan Hindraf di Kuala Lumpur hari ini.

Antara yang lantang mengecam tindakan provokasi polis itu adalah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua PeneranganPAS Idris Ahmad.

Idris berkata walaupun memberi pelbagai janji untuk menghormati prinsip asas demokrasi, Umno dan pihak polis sekali lagi menunjukkan keazaman untuk menafikan hak rakyat bersuara secara aman. "Mereka ini (Najib) nampak kuman seberang laut, gajah depan mata tak nampak, itu yang berlaku. Sedangkan di Malaysia berlaku pencabulan hak demokrasi dan hak kebebasan rakyat berhimpun mengikut undang-undang," katanya.

Krisis Libya: PBB Beku Aset Gaddafi, 15 Lain Turut Dilarang


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 27 Feb — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi dan 15 yang lain termasuk lima anaknya berhadapan dengan larangan perjalanan antarabangsa dan dibekukan aset mereka.
Majlis Keselamatan semalam (hari ini waktu Malaysia) secara sebulat suara mengenakan larangan perjalanan dan membekukan aset Muammar.

Keputusan itu diambil ekoran pendekatan kekerasan yang dikenakan oleh kepimpinan Muammar ke atas penunjuk perasaan antikerajaan.

Lebih 1,000 orang telah terbunuh dalam kebangkitan rakyat yang masuk minggu kedua.

Majlis itu meluluskan pembekuan aset Muammar, empat anak lelaki dan seorang anak perempuannya, selain larangan perjalanan ke atas keseluruhan anggota keluarganya.

Merlimau: PAS Sandar Bob Lokman Tarik Pengundi Melayu

Bob Lokman

PAS tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.

Pilihanraya Sarawak : BN Boleh Menang Tetapi Tidak Mustahil Akan Tumbang





Aspan Alias
Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.

Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.

Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin.

27 Februari 2011

Taib Mahmud Lebih Kaya Daripada Sultan Brunei – Clare Rewcast

Clare Rewcastle Brown bersama Peter John Jaban giat mendedahkan kekayaan luar biasa Taib Mahmud


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown.
Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.

“Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid itu.

Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.

Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.

PAS: Ali Rustam Sombong, Usaha Bodohkan Pengundi Merlimau Akan Gagal


PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.

“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.

Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Satu lawan satu di DUN Merlimau, Kerdau

Ribuan penyokong PR hadiri proses Hari Penamaan Calon DUN Merlimau
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang menyandarkan harapan kepada calon PAS.

Pegawai pengurus pilihan raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff Roslan Ahmad (BN) pada jam 11.35 pagi mengumumkan calon PAS, Yuhaizad Abdullah (PAS) akan bersaing dengan calon BN, Roslan Ahmad.
Pegawai pengurus pilihan raya DUN Kerdau, Tariff Abdul Rahman pula mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi antara calon PAS, Hassanudin Salim dan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beberapa bantahan dikemukakan di kedua-dua kawasan pilihan raya tetapi semuanya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)./KeadilanDaily

26 Februari 2011

Pentadbir Universiti Jangan Jadi Perkakas Serta Tali Barut Umno

PAS mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta pentadbir universiti tidak menjadi tali barut Umno BN di negara ini.

Di luar kampus, katanya demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan Umno.

“Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti jawatankuasa kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi beruk dan baja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pembatalan keputusan 11 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putera Malaysia daripada Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau.

25 Februari 2011

Lebih 1,000 Maut Di Libya




PARIS 24 FEB : Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripadanya di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, keadaan kekacauan akibat kemarahan orang ramai kepada regim itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.

Selasa lalu, pemerintah Libya buat pertama kali mendedahkan seramai 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu tetapi Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang maut.

Nasihat Najib Razak Kepada Gaddafi Umpama 'Mengata Dulang Paku Serpih'


"Mengata dulang paku serpih, nasihat orang dia yang lebih" itu peribahasa yang digunakan oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua bersabit nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahukan pemerintah Libya tidak menggunakan kekerasan bagi menumpaskan bantahan orang awam di negara itu.

Tian berkata Najib Razak harus terlebih dahulu membendung keghairahan polis Malaysia melepaskan gas pemedih mata dan memukul rakyat setiap kali mereka berkumpul membantah pelbagai isu berkepetingan awam sebelum mengeluarkan nasihat sedemikian.

Tian berkata teguran Najib kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak kena pada tempatnya, kerana kerajaan Umno-BN turut menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan di negara, walaupun ia diadakan secara aman.

Contoh terbaru kekerasan polis yang didokong oleh Umno BN adalah himpunan rakyat bagi membantah usaha menaikkan harga air di Selangor pada Disember lalu.

Ratusan orang ditembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air kimia walaupun mereka berkumpul secara aman untuk menyampaikan memorandum kepada Istana Negara.

Wanita dan kanak-kanak serta pelajar universiti menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa.

PAS Telah Memilih Calonnya, Yuhaizad di Merlimau Manakala Hassanuddin di Kerdau Dalam Pilihan Raya Kecil




PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.
Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.-Harakahdaily

24 Februari 2011

Gaddafi Berdegil, Dakwa Demonstrasi Mahu Tukar Libya Negara Islam


TRIPOLI, 23 Feb — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, terhadap kepimpinan beliau.
Cara beliau menangani kebangkitan sejak beberapa lalu juga mendapat kritikan Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya tidak akan meninggalkan tanah ini (negara ini), saya akan mati di sini sebagai pejuang,” kata beliau menerusi televisyen kerajaan malam tadi.

Dalam ucapan yang digambarkan sebagai merewang dan enggan tunduk kepada desakan demonstrasi, Muammar yang memerintah negaranya sejak lebih empat dekad lalu mempersalahkan golongan muda dan melabelkan penunjuk perasaan sebagai “tikus dan askar upahan”, yang mahu menjadikan Libya sebagai negara Islam.

Jui Meng Dedah Akui Pernah Takutkan Orang Cina Dengan PAS

Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

23 Februari 2011

 Siapa terima 1.5 Bilion Saham Khas Bumiputra

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.

Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.

Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Saiful Pengamal Hubungan Sejenis Kata Karpal


Pengadu Saiful Bukhari adalah adalah seorang homoseksual atau mengamalkan hubungan sejenis berdasarkan calitan air mani individu berbeza yang dijumpai pada tubuh dan pakaian beliau.

Peguam Karpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi hanya rumusan itu sahaja yang boleh dibuat berdasarkan ujian DNA yang dijalankan oleh pakar forensik kerajaan Dr Seah Lay Hong.

Dr Seah enggan mengesahkan kesimpulan Karpal itu walaupun ditanya berulang kali.

Semalam, mahkamah diberitahu bahawa Dr Seah tidak mencatatkan keputusan sekurang-kurangnya lima hingga enam sampel DNA yang ada pada tubuh dan pakaian Saiful.

22 Februari 2011

Krisis Libya: Lebih 200 Maut, Gaddafi Semakin Tertekan


TRIPOLI, 21 Feb – Kol Muammar Gaddaf, yang memimpin lebih empat dekad, terus berhadapan dengan tekanan ekoran tunjuk perasaan yang tidak pernah diduga di ibu negara dan pembelotan beberapa diplomat kanan sejak beberapa hari lalu.

Penunjuk perasaan jalanan di Tripoli lewat semalam pula berhadapan dengan pasukan keselamatan yang menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan mereka.

Benghazi, bandar raya kedua terbesar di Libya, berada dalam kawalan penunjuk perasaan.

Bagaimanapun anak lelaki Muammar, Saif al-Islam memberi amaran Libya akan berhadapan dengan perang saudara jika keadaan tidak dikawal.

Dalalam ucapan panjang lebar, Saif menawarkan reformasi politik yang signifikan tetapi rejim bertekad akan “bertarung sehingga peluru terakhir” terhadap “elemen-elemen hasutan.”

Beliau mengakui bandar raya sebelah timur – Benghazi dan al-Bayda telah jatuh ke tangan pembangkang.

NGO Antarabangsa Dedah 49 Firma Kepunyaan Taib Mahmud


Sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) mengeluarkan senarai 49 firma milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di seluruh dunia.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

“Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Fitnah II: Saiful Mungkin Sodomi Dengan 10 Lelaki – Dr Seah


KUALA LUMPUR: Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sampel DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

“Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki,” kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Ram Karpal Singh.

 P’raya Tidak Telus, Sampai Bila Rakyat Boleh Sabar


Kota Bharu -Walaupun berlaku ketidaktelusan dalam perjalanan piihan raya di Malaysia, namun hingga kini dilihat rakyat masih boleh bersabar.

Bagaimana pun, sekiranya rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan gagal melakukan perubahan melalui cara demokrasi, pilihan rakyat mungkin sama dengan apa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan para pelajar Kelantan dan keluarga mereka, yang baru pulang dari Mesir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata, peristiwa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia itu satu peringatan besar kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

21 Februari 2011

Semangat Rakyat Dorongan Untuk Meneruskan Perjuangan, kata Anwar

Anwar akan teruskan perjuangan demi rakyat yang tertindas, walaupun berdepan dengan berbagai rintangan.

 SEBERANG PERAI 20 FEB : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keyakinan terhadap semangat rakyat Malaysia menjadi pendorong untuk beliau meneruskan perjuangan membela mereka yang tertindas meskipun berdepan dengan perbicaraan fitnah dan serangan peribadi yang berterusan dari Umno dan media arus perdana.

Berucap kepada lebih 10,000 di sini malam tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau tetap akan mendokong perjuangan itu dan tidak akan 'lari' walaupun berhadapan dengan jentera kerajaan dan Umno yang cukup besar.

"Tak perlu gaduh, saya tak lari. Kalau saya nak lari tahun 1998 saya dah lari dah. Ini datang pilihanraya akan datang saya nak tengok siapa yang lari. Datuk Najib tak perlu risau macam saya cakap dulu nak lantik dia jadi Duta Besar Malaysia ke Mongolia." kata Anwar disambut tepukan dan sorakan gemuruh hadirin di Padang Awam Taman Gemilang Seberang Jaya.

Anwar berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan terus mengangkat konsep keadilan yang dituntut oleh Islam demi memberi pembelaan kepada semula lapisan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Dedah 49 Syarikat Berkait Taib, Ini Masa Terbaik- Baru Bian


Segala rasuah Taib Mahmud dan keluarganya hendaklah  didedah dan disebarkan kepada rakyat

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, yang membela Masyarakat Asal di Sarawak bercadang mendedahkan 49 syarikat ada kaitan dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang dianggarkan bernilai berbillion ringgit di serata dunia.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian berkata ia adalah masa yang tepat untuk bertindak setelah sekian lama Taib Mahmud dan keluarganya mengaut keuntungan atas penindasan ke atas rakyat Sarawak.

"Masanya telah tiba, segala skandal Taib Mahmud dan keluarganya disebar dan dibuka,"katanya.

Menurut 'The Bruno Manser Fund' atau BMF, senarai tersebut akan diterbitkan minggu hadapan dengan meminta semua pihak berkuasa yang terlibat membekukan semua aset Taib bagi memulakan siasatan.

PRU 13: BN hilang sokongan Melayu – The Economist





The Economist, majalah mingguan politik dan bisnes antarabangsa menjangkakan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, khususnya di kalangan pengundi muda dan golongan sederhana Melayu.

Melalui laporan yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit, majalah itu menyenaraikan kekecewaan golongan muda terhadap urustadbir negara yang dibelenggu skandal politik dan usaha Islamisasi secara kosmetik Umno sebagai punca kemerosotan.

“Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu yang bersikap sederhana, kecewa dengan skandal politik,” kata majalah itu.

Dalam laporan mingguan keluaran Disember, Umno mungkin masih mampu meraih undi di kawasan luar bandar, namun parti itu akan ditolak oleh golongan muda di kawasan bandar.

20 Februari 2011

Bila Kah Agaknya Kita Dapat Menikmati Demokrasi Sebenarnya?


Aspan Alias
Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang benar-benar dipilih oleh rakyat setelah rakyat membuat pertimbangan yang serius dengan bebas tanpa gangguan dan kawalan dari unsur yang menekan. Demokrasi yang terunggul ialah demokrasi yang dilaksanakan dengan penuh jujur dan etika yang tinggi.

Yang dimaksudakan sebagai kejujuran dalam demokrasi ialah dengan membiarkan rakyat membuat penilaian tanpa tekanan dan penggunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak semasa yang sedang memegang tampok kuasa.

Apabila sampai tempoh dan penggalnya kerajaan akan kembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan samada untuk mengekalkan kuasa yang ada pada pemerintah yang sedang menyandang kuasa itu atau memberikannya kepada pihak lain yang menawarkan kepimpinan dan kerajaan alternatif kepada rakyat.

Pihak yang sedang memerintah mestilah berlaku adil dan memberikan sepenuh peluang kepada pihak pembangkang kepada kemudahan media seperti telivision dan media letronik serta media cetak yang ada untuk rakyat mendapatkan maklumat bagi mereka membuat pertimbangan yang tepat.

Mahunya Najib Tak Takut: Tidak Mustahil Ledakan Mesir Tercetus Di Malaysia


Sanggah Tok Sago
UMNO perlu melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir dari dua sudut. Pertama, kerana terlalu lama dan kedua, kerana terlalu angkuh. Hari ini, apabila Hosni Mubarak meninggalkan Mesir selepas 18 hari diasak penunjuk perasaan, apakah yang ditinggalkan Mubarak di Mesir? Yang pasti, ada 300 nyawa terkorban selama tunjuk perasaan ini berlaku dan ribuan yang lain cedera.

Seperti yang dilaporkan, tentera yang mengambil alih kuasa sekarang ini, kelihatan merestui tunjuk perasaan ini dan akhirnya, pengumuman rasmi dibuat, mengesahkan Mubarak yang pada peringkat awalnya tidak mahu mengalah, akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya.

Kalau boleh, Mubarak mahu menunggu sampai September, kononnya penggal pemerintahannya berkahir, tetapi rakyat tidak tertanggung lagi dengan perangai dan sikap angkuh Mubarak. Apa yang pasti, rakyat Algeria juga seperti mendapat suntikan semangat dari apa yang dicapai oleh rakyat Mesir.

Jangan Harap Mahu Rampas Negeri Pakatan



Hasrat ingin ke Putrajaya tidak mustahil dengan semangat perubahan anak muda, contohnya apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Pemuda harus bersatu, berpadu serta perlu mencetus perubahan dan idea baru.




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

19 Februari 2011

Bukan Melayu Tergugat, Tapi Ketuanan Umno Terhakis


 Ketuanan melayu dicanang ke seluruh negara oleh Umno selepas kekalahan mereka dalam pilihan raya 2008 untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat..

Kebimbangan Umno kononnya hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis di bawah kuasa Pakatan Rakyat adalah tidak berasas sama sekali sebaliknya sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyokong pakatan itu.

Sedangkan PAS dalam Pakatan Rakyat konsisten untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim berkata, golongan muda tidak harus terpengaruh dengan ketakutan yang ditimbulkan itu kerana perlembagaan bukanlah perkara yang boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.

"Secara realitinya, walaupun perlembagaan itu merupakan dokumen yang boleh dipinda tetapi kita semua tahu tidak cukup untuk dipinda kalau sekadar mendapat dua pertiga.

“Prosesnya cukup ketat, kena dapatkan kebenaran dari Majlis Raja-Raja sebagai contoh. Jadi apa yang nak dibimbangkan?

Suara Mahasiswa Disekat, Idealisme Dikongkong

 Sepatutnya kerajaan memberi hak kepada mahasiswa untuk mengadakan pilihanraya sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak

Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat mewakili seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia berasa kesal dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasikan proses demokrasi di dalam kampus.

Demikian kenyataan media bersama terdiri daripada Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai), Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat).

Menurut mereka, sekatan dan halangan sedemikian rupa terus-terusan menafikan hak kebebasan mahasiswa untuk berkempen dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih kepimpinan di kalangan mahasiswa haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Bagi mereka, sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memikirkan kembali kerelevenan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diserahkan kepada mahasiswa sendiri untuk mengendalikannya dan segala sistem yang meragukan harus dihapuskan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip demokrasi yang bebas dan adil.

 PRK Kerdau, Merlimau Serentak 6 Mac



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Pahang akan diadakan pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof turut memaklumkan bahawa tarikh penamaan calon PRK Kerdau pada 26 Februari.

Ini menjadikan PRK Kerdau dan Merlimau, Melaka diadakan serentak.

Pada 28 Januari lalu, SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK Merlimau ialah pada 26 Februari dan hari pengundian pula 6 Ma

18 Februari 2011

Mahathir Yang Tidak Tahu Menggunakan Cermin


MSO
SEMUA orang kena faham apabila bekas presiden Umno, Mahathir Mohamad tidak jadi seperti Abdullah Badawi yang diam dan bersikap negarawan selepas berundur dari kerusi PM, menandakan ada sesuatu yang menganggu pemikiran Mahathir. Ada yang tidak beres dalam mindanya.

Kalau dia merasakan tidak terganggu dia tidak akan jadi kalut seperti hari ini. Ada kalanya dia lebih kalut dari Najib dalam menjaga nasib dan masa depan Umno. Orang yang menyedari ini amat merasai akan kekalutan Mahathir ini. Kerana kekalutan melebihi ini juga menyebabkan ada berpendapat Mahathir sangat takut kalau negara ini bertukar kerajaan takut beliau akan didakwa. Apakah Mahathir ada kesalahan besar? Jenayah apakah yang beliau lakukan?

Mengenai Mahathir ini saya tenguk hanya satu perkara saja. Kalau dia mengatakan Nik Aziz tak pernah diam bercakap, mengggunakan agama untuk kemenangan hanya untuk jadi MB dan membentuk kerajaan dengan DAP, maka Mahathir juga begitu.

Mahathir Terlupa Dirinya Menteri KDN Ketika Ops Lalang

Ketika  Ops lalang yang berlaku tahun 1987,  Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri. Lojik akal Mahathirlah dalangnya. .

Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya. Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh.

Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah. Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah. Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya - meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum. Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab - iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan.

Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara. Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Dakwa Ekonomi Naik: PM Diminta Henti Perdaya Rakyat


Rakyat masih lagi dihimpit dengan beban sara hidup, taraf kehidupan yang begitu tinggi, tidak ada apa yang harus dibanggakan oleh Najib 

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar)  mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini.

Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.

"Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.

Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.

17 Februari 2011

Dedah Penyelewengan Kerajaan Melaka- Shamsul


Pakatan Rakyat akan dedah segala penyelewengan dan rasuah Ketua Menteri Melaka 

Pakatan Rakyat akan mendedahkan segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sepanjang pentadbiran Umno- Barisan Nasional(BN) sekiranya berjaya menawan negeri Melaka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan Umno- BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri yang selama ini banyak melakukan tindakan membelakangkan kepentingan rakyat.

Shamsul berkata demikian jetika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Selama ini, katanya segala laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM terhadap salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Mohd Ali tidak pernah diendahkan pihak berkuasa itu.

“Saya buat berapa kali laporan rasuah SPRM ada ambil tindakan…tak ada.Saya buat laporan rasuah pada Ali Rustam………satu pun badan pencegah rasuah tidak ambil tindakan pada Ali Rustam.

“Saya janji malam ini kalau kerajaan Pakatan Rakyat menang….fail Ali Rustam dan dakwa dia,” katanya.

Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.

Ibunda Tercinta Haji Mohamad Sabu Kembali Ke Rahmatullah Jam 1.18 Pagi tadi


Seluruh Jawatan Kuasa dan ahli PAS Kawasan Batu mengucapkan takziah atas pemergian ke hadrat Illahi bonda tercinta kepada Tuan Haji Mohd Sabu, Pengerusi Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat kira-kira jam 1 pagi tadi di kediamannya di Guar Petai, Tasek Gelugor.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhor di Masjid Kg. Padang Menora, Pulau Pinang. Demikian satu kenyataan ringkas Setiausahanya, Haji Ismail Yahya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi.

Sementara itu, Setiausaha Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Tarmizi Mohd Jam bagi pihak seluruh jawatankuasanya turut mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Mohd Sabu atas kehilangan sumber inspirasi dan ibu tercinta. - AL-FATIHAH.

Sumber - SANGGAHTOKSAGO

16 Februari 2011

Taib Undur: Mahathir Hanya Ulangi Gesaan Pakatan Rakyat

Gesaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sr Abdul Taib Mahmud supaya menamakan pengganti beliau merupakan satu usaha menjaga kepentingan Barisan Nasional(BN) di Sarawak.

Dr Mahathir sebelum ini dipetik menyatakan pandangan agar Taib Mahmud yang sudah 30 tahun menguasai Sarawak agar menamakan pengantinya jika tidak mahu menerima nasib seperti bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dijatuhkan rakyatnya sendiri.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, pihaknya konsisten mendesak Taib Mahmud berundur konsisten dan yakin ia akan menjadi modal politik besar kepada Pakatan Rakyat kerana pemimpin yang ada sekarang tidak melakukan yang terbaik kepada rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...