Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

22 Februari 2011

Fitnah II: Saiful Mungkin Sodomi Dengan 10 Lelaki – Dr Seah


KUALA LUMPUR: Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sampel DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

“Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki,” kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Ram Karpal Singh.


Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan.-



LAPORAN LANGSUNG
8.45 am – Datuk Seri Wan Azizah berada di galeri awam perbicaraan namun Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum kelihatan.

8.56 am – Anwar masuk ke dalam mahkamah bersama peguamnya, Sankara Nair.

9.00 am – Perbicaraan bermula. Dr Seah Lay Hoong, ahli kimia Jabatan Kimia dipanggil ke kandang saksi.

9.02 am – Beliau menerangkan tentang elektropherogram, kaedah yang digunakan untuk mengesan fragmen

DNA dalam siasatan forensik.

9.11 am – Dr Seah menerangkan tentang kaedah reamplifikasi, yang dibuat jika pada pemeriksaan pertama tiada DNA dijumpai pada sampel. Remaplifikasi dilakukan pada sampel B yang kemudiannya didapati tiada profail DNA.

9.32 am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh.

Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu.
9.39am: Karpal membantah tindakan pendakwa kerana bertegas mahu mengemukakan carta ujian DNA yang dijalankan Seah sebagai bukti.

Menurut Karpal, carta itu dijana oleh komputer. Tambah Karpal, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

9.58 am: Karpal mempersoal kredibiliti Dr Seah kerana Dr Seah sendiri mengaku bukan dia yang mengisi perisian GeneMapper yang diguna untuk menghasilkan elektroferograf tersebut.

10.52 am: Perbicaraan ditangguhkan selama 30 minit.

11.20 am: Perbicaraan ditangguhkan hingga jam 3.oo petang ini berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mahu meneliti dokumen yang berkaitan.


Sumber - Keadilan Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...