Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 Jun 2011

SMM gembleng tenaga turun Himpunan Bersih 2.0


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 12 badan mahasiswa lain akan menggemblengkan seramai mungkin mahasiswa di seluruh negara supaya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mereka akan mengerahkan mahasiswa berhimpun secara aman menuntut pilihanraya yang bersih dan adil bersama-sama peserta Himpunan Bersih 2.0 lain dengan patriotisme yang tinggi demi membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Sehubungan itu, SMM menggesa pihak polis supaya menjaga keselamatan peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang dijamin hak untuk berhimpun oleh perlembagaan.

Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab menegaskan, KDN dan pihak-pihak lain turut digesa supaya berhenti daripada menakutkan rakyat dan mahasiswa untuk berhimpun pada 9 Julai ini.

Satu Lagi Usaha Licik Halang Bersih 2.0

Pelekat palsu Bersih 2.0, sedang giat dicetak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diedarkan ke seluruh negara, dakwa Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata lewat petang tadi, beliau menerima kiriman khidmat pesanan media (MMS) daripada sebuah syarikat percetakan di Johor yang mendedahkan tindakan jahat cuba memburukkan imej himpunan Bersih 2.0.

"Pelekat ini berlatar belakangkan warna kuning, perkataan Bersih 2.0 yang ditulis secara jelas tetapi terdapat perkataan 'bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang' dan 'adakah kita mampu seperti Libya?'," kata Salahuddin.

Kerajaan haramkan baju T Bersih, boleh ditangkap- Hisham


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju berkaitan Perhimpunan Bersih, 9 Julai. Justeru, beliau mempertahankan tangkapan polis ke atas rakyat yang memakai baju Bersih 2.0. “Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya seperti dilapor Malaysiakini. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis menggeledah Pejabat NGO itu di Seksyen 4, Petaling Jaya sebentar tadi. Seramai 15 anggota polis dilapor menggeledah pejabat berkenaan, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah. Laporan menyusul.-K/daily

29 Jun 2011

Politik Samseng BN Beri Kelebihan Kepada Pakatan Rakyat


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yakin dan optimis bahawa permainan politik Umno-Barisan Nasional(BN) yang semakin kotor memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata rakyat kini bukan sahaja semakin sedar dan celik matlumat malah mereka juga tidak mudah ditipu serta diperkotak-katikkan oleh politik usang lagi jijik Umno-BN ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan terbaru sekumpulan samseng dipercayai dari parti politik tertentu membuat kacau di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Bersih: Isu perkauman undang kemarahan rakyat – Ambiga


Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan isu perkauman yang dilempar oleh NGO seperti Pertubuhan Bumi Perkasa (PERKASA) hanya  mengundang kemarahan rakyat.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan Akhbar Suara Keadilan.
“Mereka (Perkasa) sengaja menaikkan suhu (kemarahan) tetapi ramai yang langsung tidak setuju dengan kenyataan Perkasa. Mereka cuba menakut-nakutkan saya tapi akhirnya mengundang kemarahan orang ramai,” kata Ambiga ketika ditanya tentang ancaman pertubuhan itu.

28 Jun 2011

Kerahan Tenaga Untuk Media Dayus Perdana


Wira Arjuna
Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.

Media cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan “keresahan” peniaga mengenai kehilangan rezeki yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a‘lam.

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan.


Rasanya tidak perlu dihuraikan di sini apa yang dilaporkan oleh akhbar dan TV mengenai pemimpin-pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan “buah hati” mereka, Anwar Ibrahim.

Kita perlu mempersuci demokrasi, bukan keruhkannya- A Samad Said

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hairan apabila  dipanggil memberi keterangan oleh polis hanya kerana membaca puisi yang menyeru kepada demokrasi yang lebih baik.
Sasterawan yang lebih mesra dengan panggilan  Pak Samad itu berkata demikian selesai memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi  berhubung Perhimpunan Bersih, 9 Julai.
Beliau disoal siasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis kerana hadir dan membacakan puisi pada Pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.
Ketika ditemui pemberita, Pak Samad berkata, beliau hadir pada majlis itu bukan dengan niat menghasut, sebaliknya dengan tujuan yang murni untuk demokrasi di negara ini

Bersih 2.0: Jangan sampai rakyat benci polis


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

27 Jun 2011

Matilah BN kali ini



Suhaimi Taib
Mengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat.

Umno Terdesak Guna Nama Agong Cuba Hentikan Bersih

Pihak berkuasa akan menggunakan apa sahaja ruang dan segala bentuk undang-undang untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 termasuk menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim, senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan,

Beliau yang juga Adun Kota Damasara berkata, penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka.

Protes Umno peralat polis, Anwar berkemeja kuning (Bergambar).


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dan protes terhadap tindakan Umno memperalat polis dengan menangkap rakyat tidak bersalah.
Beliau dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat parti di Tropicana, Damansara dengan berkemeja lengan pendek warna kuning kira-kira jam 1.45 petang untuk menghadiri satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.
Hasrat untuk memakai pakaian kuning dinyatakan Anwar sejak semalam pada paparan twitternya ketika membalas satu tweet seorang pengikut (follower) yang memaklumkan pelakuan polis menangkap ramai rakyat berpakaian kuning.

Bersih 2.0: Siapa pengkhianat


Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.

“Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana

26 Jun 2011

300 peguam sertai himpunan Bersih 2.0


Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.

Video Seks Fitnah Konspirasi Jatuhkan Saya-Anwar

Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ringan terhadap trio Datuk T menguatkan lagi dakwaan selama ini bahawa adanya campur tangan pemerintah dan agensi di bawah mereka dalam menjayakan serangan fitnah ke atas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang secara konsisten menafikan pelaku dalam video itu adalah dirinya, sekali lagi menegaskan bahawa orang nombor satu negara, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara adalah dalang utama yang menjayakan serangan video seks lucah itu untuk mengaitkan dirinya.

“Soal video (seks) Datuk T ini, Eskay, Rahim Thamby Chik, Shuib….berapa bulan? Tiga bulan (baru dakwa) ….itu pun kena sikit.

“Siapa Peguam Negara, Gani Patail….arahan siapa? Menteri Dalam Negeri….Perdana Menteri siapa? Datuk (Seri) Najib,” kata Anwar dalam siri jelajahnya ke Perak malam tadi.

25 Jun 2011

Video Seks - Itu Bukan Anwar

Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu. Lihatlah  paparan Video Klip di bawah ini

Video Seks - Itu Bukan Anwar ( Part 1 )



Video Seks - Itu Bukan Anwar ( Part 2 )

KEADILAN terbit dokumentari dedah tembelang Datuk T


KUALA LUMPUR: KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus mengesahkan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.
Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas dengan memaparkan analisa video seks berkenaan.
Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi.
Dokumentari itu sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T,adalah Anwar.

Pembelian Scorpene malapetaka negara- Azmin Ali


KUALA LUMPUR: Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut,” kata
Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam.

24 Jun 2011

Dr Asri : Polis Patut Permudah Proses Demonstrasi


Adalah haram bagi mana-mana pihak, tidak kira peserta demonstrasi ataupun polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Oleh itu, kata beliau, sesiapa yang mahu menyertai demonstrasi seperti Bersih 2.0 hendaklah berazam tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, mencederakan sesiapa, dan memaki hamun.

Kempen Bersih 2.0 Diadakan Serentak Luar Negara

Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal,” kata jawatankuasa itu lagi.

Pakatan sokong Bersih, selar Najib berdiam diri

Pakatan Rakyat hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Menurut mereka, usaha Bersih itu wajar dalam usaha memperbaiki dan membersihkan sistem pilihan raya di negara ini yang didakwa tempang.

“Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini,” kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.

Demi masa depan negara 'BERSIH' harus diteruskan

Jayakan bersih, tak gentar diugut bunuh -Jonah


KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata beliau tidak gentar meskipun menerima ugutan bunuh berhubung  anjuran Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai.

Menurut Khairul atau Jonah, ancaman yang diterimanya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang bersama rakyat Malaysia yang lain bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Walaupun diancam bunuh, Bersih tetap diteruskan- Ambiga

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat berdepan  ancaman bunuh.
Menurutnya, beliau tidak gentar menghadapi ancaman tersebut namun sedikit kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang  mengugutnya.
“Saya kecewa seorang rakyat Malaysia yang lain tergamak membuat ugutan begini namun selagi polis menjalankan siasatan, saya tiada berasa takut,” kata Ambiga.

23 Jun 2011

Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.

Himpunan Bersih: Pemuda PAS wilayah sasar 60,000 anak muda

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP)  mensasarkan sekurang-kurangnya 60,000 untuk menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasil tinjuan dan promosi yang diadakan, sokongan dan minat masyarakat khususnya golongan muda amat menggalakkan.
“DPPWP menetapkan sasaran seramai 60,000 anak-anak muda Kuala Lumpur akan menyertai himpunan kali ini.
“Bahkan, DPPWP masih mendapat respon positif dari ramai orang yang ingin menyertainya termasuk mereka yang akan datang dengan berkeluarga,” ujarnya  dalam satu kenyataan media hari ini.

22 Jun 2011

Himpunan Bersih: PAS Selangor beri amaran Perkasa jangan buat provokasi


PAS Selangor memberi amaran kepada Perkasa agar tidak mewujudkan suasana provokasi pada tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini yang turut disertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Selain Bersih dan Perkasa, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari itu.

“Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

“Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Skandal Scorpene: Peguam Perancis di Kuala Lumpur 20-24 Julai


KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini.
Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan KeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran ‘komisen’ hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.
Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.

Perkasa jejas keharmonian rakyat


Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar) hari ini menghantar notis pemberitahuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul mengenai kenyataan Presiden Perkasa yang menimbulkan perasaan takut di kalangan rakyat.

Katanya, pada 19 Jun lepas, Presiden Perkasa telah mengeluarkan kenyataan bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan umum dengan mengingatkan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini pada 9 Julai ini, maka orang-orang Cina terpaksa membeli stok makanan.

Bersih: Sudah terlambat untuk SPR berbincang – Ambiga


Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sudah terlambat bagi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk berbincang mengenai pembaharuan yang ingin dilakukan.

Semalam, SPR melalui kenyataan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan kesedian untuk bertemu Bersih 2.0, dengan syarat gabungan itu membatalkan perhimpunan 9 Julai ini.
Menurut Ambiga, ia sudah terlambat bagi SPR ekoran penyalahgunaan sistem pilihan raya yang jelas dan kengganan kerajaan memperbaiki sistem sedia ada sebelum ini

21 Jun 2011

Amaran pada Perkasa, Pemuda PAS jadi perisai

Apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

Rakyat Malaysia Perlu Bangkit Tuntut Pilihan Raya Bersih, Kata Izzah

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menggesa semua rakyat Malaysia bangkit mempertahankan hak mereka bagi menentukan sistem pilihan raya yang telus dan adil dapat dilaksanakan sepertimana dalam pilihan raya di Turki.

Katanya, ini kerana melalui sistem pilihan raya yang baik ditambah dengan akses media yang sama rata diberikan kepada semua parti bertanding memberikan ruang kepada rakyat untuk memahami dasar perjuangan setiap parti dan menifesto yang ingin dilaksanakan apabila berjaya memenangi mana- mana pilihanraya.

Malah, setiap pemilihan juga harus dilakukan tanpa rasa takut.

Majlis Peguam gesa kerajaan guna Akta Hasutan terhadap Ibrahim Ali

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menggesa  kerajaan mengguna Akta Hasutan terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya yang cuba mencetuskan ketegangan kaum.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bersifat ancaman oleh Ibrahim dengan menyatakan “apa saja boleh berlaku pada hari itu” jika Perhimpunan Bersih diadakan 9 Julai depan.
Walaupun secara dasarnya, Majlis Peguam tidak bersetuju akta tersebut, namun katanya jika kerajaan pernah menggunakan akta itu kepada Karpal Singh berhubung krisis perlembagaan di Perak, maka beliau tidak nampak mengapa kerajaan tidak boleh berbuat demikian terhadap Ibrahim.
“Kerajaan mestilah konsisten dan memberi layanan sama rata terhadap semua di bawah undang-undang,” kata Chee Wee yang dilaporkan Malaysiakini.

20 Jun 2011

9 Julai penentu akhir tarikh PRU 13

M Faqih
HALAMAN Masjid Negara penuh sesak dengan lautan manusia. Fenomena itu masih diingati ramai. Ia berlaku pada tanggal 20 September 1998.

Rentetan peristiwa bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim disingkir dengan cara mengaibkan. Orang Melayu bangkit menjadikan jalan raya dan tempat awam sebagai medan.

Ribuan anak muda Melayu mulai mengenal erti reformasi. Kejayaan rakan mahasiswa di Indonesia menyingkirkan rejim Suharto turut merebak ke Malaysia.

Ini bermakna perhimpunan ratusan ribu rakyat sudah lama berlaku di nusantara. Ia jauh lebih awal berbanding apa yang berlaku di wilayah Arab tahun ini.

Ambiga Enggan Layan Provokasi PERKASA

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan enggan melayan provokasi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) yang membakar gambarnya dan memberi amaran kepada kaum lain agar menjauhi perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan.

Menurut Ambiga, provokasi dekimian tidak menjejaskan perhimpunan aman itu kerana ianya adalah suara rakyat.

"Kami (Bersih) ialah gerakan aman, yang mahukan pilihan raya diadakan yang bersih telus dan adil. Kami

19 Jun 2011

Perkasa khianati Islam sokong Utusan

“Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup Melayu, keris dan kepala lembu?”

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” sebagai tindakan khianat kepada Islam.

“Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk menggigit,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Pemuda tidak akan undur walau setapak

MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA].

Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi.

Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.

18 Jun 2011

Kita lawan sistem p’raya kotor, bukan polis

 PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia.

"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.

PAS: Langkah Pemuda Umno ‘iktiraf’ Bersih, Khairy lupa diri

Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa keputusan Pemuda Umno yang turut mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan tersirat kepada agenda utama Bersih 2.0 yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.

Semalam, Pemuda Umno mengumumkan pihaknya juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini — hari Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan.

Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam.

17 Jun 2011

Ramai ahli akademik menikus, kuat ‘mengipas’ – Prof Dr Aziz Bari


Ramai golongan cendikiawan atau ahli akademik di negara ini  bersikap membisu dan tidak berani menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu, terutama melibatkan kepentingan rakyat.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan budaya mengampu yang begitu menebal di kalangan mereka dan ketakutan sekiranya terlepas jawatan atau kenaikan pangkat.
“Ketakutan ini sudah merebak ke mana-mana; dari istana sampai ke badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, universiti, syarikat kerajaan (GLC), JKKK, pegawai agama dan lain-lain.

Himpunan Bersih 2.0 cetusan dan hasrat rakyat


Bersih turut dianggotai wakil dari 62 NGO yang mana memainkan peranan besar dalam mempromosikan demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil.


Penganjur himpunan Bersih 2.0 iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan himpunan yang bakal diadakan 9 Julai ini adalah hasrat dari rakyat sendiri.

"Bersih 2.0 sekali lagi mahu menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah seratus peratus inisiatif pertubuhan masyarakat.

"Ini adalah gerakan rakyat untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Kami juga menjemput pertubuhan lain termasuk parti politik untuk menyertai kami dalam usaha mengangkat demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

15 Jun 2011

Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam


Subky Latif
SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarankannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah.

Dalam Muktamar PAS ke 57 awal Jun lalu Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyarankan sasarannya dalam muafakat Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan sebagai thema Ucapan Dasarnya.

Sarjana lepasan Oxford yang memimpin Pemuda UMNO mengira saranan

14 Jun 2011

Bersih inisiatif yang digerakkan rakyat- Ambiga


GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) adalah satu inisiatif yang ditunjangi rakyat kebanyakan dan ia bukanlah satu gerakan yang digerakkan oleh parti politik semata-mata.
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ di Dewan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan, Brickfields pada 12 Jun lalu.
“Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Tidak perlu bazir RM100 juta untuk aktiviti kesenian

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hanya perlu membelanjakan RM2 juta pada Festival Warisan George Town selama sebulan Julai ini jika beliau benar-benar ikhlas mahu menggalakkan aktiviti kesenian dan tidak perlu menghabiskan RM100 juta.
“DAP terperanjat dengan laporan Bernama bahawa sebanyak RM100 juta telah dihabiskan untuk menyambut Hari Seniman pada 29 Mei lalu tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada para penggiat seni,” kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

13 Jun 2011

Tubuh Tribunal siasat Gani Patail- Mat Zain Ibrahim


KUALA LUMPUR: Satu tribunal khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam skandal kerugian RM8 billion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mat Zain merupakan pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) dan menyiasat insiden “mata lebam’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan polis dalam kes fitnah pertama pada tahun 1998.

12 Jun 2011

Video seks: Umno jangan guna politik primitif



Sekiranya Umno dan BN dibiarkan terus berkuasa, tidak mustahil negara akan menjadi longgokan video seks secara berleluasa setelah melihat penularan tersebut berlaku secara mendadak kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tengah hari tadi.

Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai



PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.
“Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita,” kata Anwar.
Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.

11 Jun 2011

Umno Hanya Tinggal Satu Senjata - Mat Sabu

Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk 'menghapuskan' seteru politik mereka, Umno-Barisan Nasional kini hanya memiliki satu sahaja lagi senjata iaitu isu perkauman.

Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis.

Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat.

Hakim enggan undur, Anwar bakal dipenjara- Presiden Aliran

Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini,

Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi.
Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...