Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menggesa semua rakyat Malaysia bangkit mempertahankan hak mereka bagi menentukan sistem pilihan raya yang telus dan adil dapat dilaksanakan sepertimana dalam pilihan raya di Turki.
Katanya, ini kerana melalui sistem pilihan raya yang baik ditambah dengan akses media yang sama rata diberikan kepada semua parti bertanding memberikan ruang kepada rakyat untuk memahami dasar perjuangan setiap parti dan menifesto yang ingin dilaksanakan apabila berjaya memenangi mana- mana pilihanraya.
Malah, setiap pemilihan juga harus dilakukan tanpa rasa takut.
"Saya rasa salah satu cara terbaik untuk kita menilai strategi ke depan adalah memperlihatkan apa yang dilakukan oleh kerajaan Parti Keadilan Turki (AKP), ramai yang melihat mereka sebagai gagah di kota-kota besar."
"Tapi bila saya pergi ke daerah di mana mereka ini lemah, daerah yang penuh dengan pengganas Kurdish di bukit-bukit, di wakili oleh sayap parti PDB, di situ kita lihat bagaimana parti yang gagah terpaksa melalui liku-liku yang penuh dengan duri dan ranjau semata-mata untuk memenangi hati rakyat Kurdish di situ." katanya ketika berucap dalam majlis Konvensyen Pilihan Raya PKR di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.
Menurut Nurul Izzah, melalui kesungguhan rakyat Turki dalam memperjuangkan reformasi mereka mampu menukar kerajaan beberapa kali bagi memastikan pimpinan yang dipilih mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk membela nasib rakyatnya.
Menceritakan detik-detik cemas ketika pasukan FRU Turki berdepan dengan perusuh demonstrasi yang berada di Batman, Nurul Izzah berkata, beliau begitu kagum dengan ketaatan pihak berkuasa terbabit dimana perusuh dilayan dengan sebaik dan seadil mungkin tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Katanya, tindakan itu juga jelas membuktikan bahawa pihak berkuasa Turki berperanan serta bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi rakyat tanpa perlu memihak kepada mana-mana parti politik.
"Ketika kami berada disana (Batman), kami diiringi oleh skuad komando unit, skuad FRU dan skuad polis khas.Di mana-mana kita pergi dan yang memeranjatkan di kawasan yang begitu hitam orang panggil (black area), boleh FRUnya dilatih jangan sentuh perusuh. Dia pergi di depan mata saya, perusuh menjerit ada seorang yang melemparkan malatov di depan kereta menteri. Namun FRU itu tidak memukulnya, tapi mereka hanya menahan menunggu polis perusuh sampai, tangkap dan dakwanya di mahkamah."katanya.
"Kerana dia ingat kerajaan terdahulu telah menyeksa dan menzalimi masyarakat Kurdish, maka yang paling penting adalah kita mengembalikan kehidupan mereka walaupun ada sejarah lampau yang penuh hitam. Itu sesuatu yang penuh inspirasional bagi saya, menunjukkan komitmen parti itu...dia datangkan seorang menteri kewangan dari orang Kurdish, yang dahulunya orang Kurdish ditekan. Kerana apa? Kerana akhirnya kita tahu keadilan, prinsip kebebasan itu melangkaui segala-galanya bukan semata-mata untuk memastikan parti yang rasuah terus berkuasa," tegasnya.
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mengetuai wakil pimpinan PKR sebagai pemerhati pilihanraya Turki atas jemputan oleh Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan yang turut disertai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Kehadiran rombongan deligasi disambut oleh Umar Farouk yang juga sahabat karib kepada Ketua AMK, Shamsul Iskandar.
Pilihanraya Turki mempertandingkan 550 kerusi Parlimen dengan 84 calon daripadanya terdiri daripada kaum wanita.
Parti Keadilan dan Perkembangan mencatatkan kemenangan 47 daripada 85 kerusi yang dipertandingkan di Istanbul.-Tvsnews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
21 Jun 2011
Rakyat Malaysia Perlu Bangkit Tuntut Pilihan Raya Bersih, Kata Izzah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan