Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 Jun 2011

Bersih: Isu perkauman undang kemarahan rakyat – Ambiga


Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan isu perkauman yang dilempar oleh NGO seperti Pertubuhan Bumi Perkasa (PERKASA) hanya  mengundang kemarahan rakyat.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan Akhbar Suara Keadilan.
“Mereka (Perkasa) sengaja menaikkan suhu (kemarahan) tetapi ramai yang langsung tidak setuju dengan kenyataan Perkasa. Mereka cuba menakut-nakutkan saya tapi akhirnya mengundang kemarahan orang ramai,” kata Ambiga ketika ditanya tentang ancaman pertubuhan itu.

Beliau bersama pimpinan NGO itu dan beberapa ahli politik pembangkang, sebelum ini menerima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), yang mengancam nyawanya sekiranya himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan.
Malah, gambarnya turut dipijak dan dibakar dalam satu majlis anjuran Perkasa- sebuah NGO yang dinaungi Umno dan digelar sebagai ‘Wanita Hindu paling berbahaya’.
Dalam tembual itu, Ambiga antara lain menegaskan bahawa perhimpunan aman terkandung dalam perlembagaan negara, merujuk artikel 10 (i) kebebasan mengadakan perhimpunan aman dan berpersatuan. Ia katanya, turut ditegaskan pada fasal II, III dan Iv.
“Mengikut perlembagaan semua warganegara dibenar mengadakan perhimpunan aman tanpa membawa sebarang senjata. Itu hak asasi. Tentunya pihak berkuasa berhujah ada undang-undang seperti Akta Polis tetapi pada pendapat saya undang-undang seperti itu tidak boleh membantah perkara 10 (i) (b) Perlembagaan Persekutuan,” ujar beliau.
Menurutnya, polis sepatutnya mengawal kelancaran perhimpunan dan sekiranya terjadi apa-apa kesalahan yang dilakukan peserta, mereka boleh bertindak pada hari tersebut.
“Hal ini biasa di negara-negara yang demokratik,” ujarnya.
Ambiga menjelaskan bersih telah banyak membuat begitu perbicangan dengan Suruhanjaya Pilihanraya SPR sebelum melakukan bantahan secara demonstrasi.
“Kami telah melakukan banyak perbincangan dengan SPR. Mereka mendengar masalah yang dibangkitkan namun tiada tindakan.”
“Sebagaimana yang berlaku di Sarawak, banyak laporan penipuan undi dibuat tetapi SPR kata mereka tiada kuasa. Sebenarnya SPR mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang berlaku dalam pilihan raya,” ujarnya.-k/daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...