Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

31 Ogos 2010

Ibrahim Ali Bukan Pakar Dalam Hal Ehwal Agama

Pengerusi Seketariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ustaz Ghani Shamsudin(gambar) meminta Perkasa tidak sesekali mencabar kewibawaan dan kepakaran alim ulama dalam mentafsir kandungan al-Quran.

Cadangan Datuk Ibrahim Ali sebelum ini dianggap boleh menimbulkan kacau bilau dalam institusi keagamaan lantaran Presiden Perkasa itu bukan mahir dalam hal ehwal agama.

Perkasa semalam mencadangkan supaya menggubal undang-undang menghalang golongan bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan Fatwa Majlis Kebangsaan.
Mengikut fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kebangsan Malaysia atau Jakim pada Mac lalu, orang bukan Islam boleh memasuki ruang solat dengan beberapa syarat tertentu.

29 Ogos 2010

Dr Asri - Tindakan Teo Memasuki Surau Tidak Bertentangan Dengan Ajaran Islam


Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Teo Nie Ching
Dua tokoh terkemuka agama terkemuka negara, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Sedang Teo Nie Ching memasuki bahagian dalam surau, tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.
Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

Toe - Tidak Pernah Berhasrat Mencemarkan Kesucian Islam

Sedia Mohon Maaf, Toe Jernihkan Keadaan & Tohmahan

Sekalipun tidak pernah berhasrat mencemar kesucian Islam apabila memasuki bahagian dalam surau al-Huda di Kajang Central, Ahli Parlimen Serdang, Toe Nie Ching tidak keberatan membuat permohonan maaf jika tindakannya meresahkan umat Islam di negara ini.
.
Di sebalik percaya peristiwa itu dipersenda pihak tertentu atas matlamat politik, beliau sedia menjernihkan keadaan dan mengindar perasaan kurang senang sekali gus mengelakkan perselisihan di kalangan masyarakat Islam.

Dengan merendahkan diri dan bersikap beralah, beliau sedia memberi penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris berhubung peritiwa berkenaan.

Dalam kenyataan media, Teo Nie Ching menjelaskan tujuan beliau ke surau Al Huda adalah untuk menghulurkan sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki surau dan menyertai program berbuka puasa.

27 Ogos 2010

Saham Bernilai 52 Billion Untuk Bumiputra Dirompak Umno-BN


Pakatan Rakyat Desak Siasat Kehilangan 52 Billion Saham Bumiputra
Serangan Umno-Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup penyelewengan dan kegagalan mereka mengurus khazanah negara termasuk skandal rompakan saham yang dikhaskan bagi Bumiputera dan rakyat termiskin bernilai RM52 bilion.
Sehubungan itu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci kehilangan jumlah saham sebegitu besar kepada Bumiputera.
Anwar berkata isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Bagi saya, isu yang melibatkan hak orang Melayu dan kaum Bumiputera ini masih belum dapat diselesaikan. Mana pergi agihan saham untuk Bumiputera dan faedahnya kepada siapa?.

25 Ogos 2010

Umno-BN Segera Luluskan Lesen Judi Tapi Menentang Dinar Dan Dirham


 Exco Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kejahilan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai penggunaan dinar dan dirham dan menyifatkan kedangkalan ilmu beliau selari dengan pengurusan pincang pengurusan ekonomi negara di bawah Umno-Barisan Nasional
Dalam responsnya kepada langkah kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dinar emas dan dirham perak, Dr Awang berkata tindakan tersebuthanya akan mengundang aktiviti pemalsuan serta mempertikaikan keberkesanan penggunaan dinar dan dirham dalam aktiviti perniagaan. 
"Kalau Timbalan Menteri Kewangan tidak tahu bagaimana urus tadbir emas dan juga perak bagi saya itu satu tanda yang serius bakal dihadapi oleh negara ini dalam soal ekonomi pada masa yang akan datang. Persoalan yang sukar kenapa bila soal dinar dan dirham yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun tidak diiktiraf olehnya tetapi bila soal judi senang pula beliau ingin memberi kelulusan lesen untuk dijadikan halal.

23 Ogos 2010

Isu Khutbah - Politik Sempit Umno Untuk Menjatuhkan Pakatan Rakyat


 Setelah gagal mengugat kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan pelbagai dakyat dan fitnah sebelum ini, terbaru Umno menggunakan isu  nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang Dipertuan Agong sebagai modal politik murahan mereka.
Sambil menafi sekeras-kerasnya tohmahan yang dibuat Zahid, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim(gambar) berkata siasatan awal mendapati perkara itu tidak berlaku kerana teks khutbah khatib disediakan oleh bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
"Saya yakin selepas gagal memainkan isu perkauman sempit bagi mengembar-gemburkan kononnya kerajaan negeri menindas orang Melayu dan agama Islam, pihak tertentu sedang cuba mensabotaj pula melalui isu lain.

22 Ogos 2010

Dalam Sistem Pendidikan, Malaysia Masih Dibelakang Singapura

Sistem Pendidikan Singapura  10 Tahun Tinggalkan Malaysia - Dr Dzulkifly
Malaysia tidak akan mampu menandingi Singapura jika sistem pendidikan dinegara ini tidak dirombak, serta khazanah sumber kekayaan negara tidak diurus dengan berhemah.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengapa ekonomi Malaysia jauh ketinggalan dari Singgapura walhal negara itu mempunyai sumber yang jauh lebih kecil berbanding negara ini.

“Sistem pendidikan republik itu, 10 tahun tinggalkan kita. Sistem singgapura bersifat berfikir. Tidak macam sistem pendidikan negara kita yang berasaskan peperiksaan semata- mata. Ibubapa asyik menekan anak- anak mendapat 13A, 10A, akhirnya jadi apa ? Mereka tidak ada daya berfikir yang tinggi," katanya.

21 Ogos 2010

Isu Khutbah - Zaid Cipta Cerita Donggeng


Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim berkata siasatan awal mendapati tiada perkara sebegitu berlaku sebagaimana didakwa oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam.

“Ini kerana teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan negeri dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut,” kata Abdul Malik dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

19 Ogos 2010

Pementasan Semula Bangsawan Melayu, Opera Cina 1987- Mahfuz Omar


Sejak 13 Mei 1969 pentas politik bangsawan Melayu dan opera bangsawan Cina menjadi daya tarikan untuk dipersembahkan di khlaayak. Peristiwa 13 Mei telah tersedia maklum akan latar belakang politik pada waktu itu.
Pementasan 1987 dipentaskan pada ketika keadaan politik Malaysia dilanda dengan krisis kepercayaan rakyat berbilang kaum terhadap parti-parti politik perkauman yang mewakili kaum masing-masing khususnya dua parti politik Melayu dan Cina iaitu Umno dan MCA.
Masyarakat Cina hilang kepercayaan terhadap parti dan pimpinan MCA yang dilihat gagal membela dan melindungi bangsa Cina. Sebaliknya pimpinan MCA dilihat membina kekayaan denasti kepimpinan mereka.
Begitu juga dengan parti dan pemimpin Umno yang dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisma untuk memunggah dan mengumpul kekayaan suku sakat mereka.

16 Ogos 2010

Edisi Keenam - Metro Keadilan Kini Dipasaran


Akhbar tidak berkala siri keenam berjudul Metro Keadilan menemui ahli KEADILAN dengan memaparkan "Akibat Tipu Peneroka Felda Disaman RM200 Juta" sebagai tajuk utama yang menghiasi muka depan akhbar tersebut.
Metro Keadilan yang mula diedarkan keseluruh negara mulai hari ini melaporkan mengenai tindakan lebih 700 peneroka daripada dua tanah rancangan di Negeri Sembilan yang mengemukakan saman sebanyak RM200 juta terhadap Felda kerana mendakwa ditipu berhubung isu perahan buah sawit. 
Isu Felda juga masih panas diperkatakan dengan pendedahan pendapatan bersih peneroka hanya berjumlah RM772 sebulan selepas dibuat pelbagai potongan.

Sejak Bila Bendera Kita Berubah?


Sejak bila Jalur Gemilang ditambah dgn tanda 1Malaysia? Tidakkah ini mencemar bendera kebangsaan? Siapa keluarkan? Kenapa jual pada murid2?

Demikian soalan bertubi-tubi dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam twiiter.

Ini berikutan penemuan satu bendera baru iaitu Jalur Gemilang yang diletakkan logo 1 Malaysia di tengah-tengahnya.-Harakahdaily

13 Ogos 2010

Keputusan Kerajaan Menarik Balik Saman Ekor, Satu Kejayaan Pakatan Rakyat

Keputusan kerajaan menarik balik tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang menerima saman ekor merupakan satu kejayaan besar Pakatan Rakyat membela nasib rakyat yang tertindas disebabkan tindakan sembrono Umno-Barisan Nasional yang membelakangkan peraturan dan undang-undang.
Pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat mingguan Kabinet berkuatkuasa semalam sehingga 28 Februari tahun depan bagi memberi peluang rakyat memperbaharui cukai jalan sempena musim perayaan bermula dengan Hari Raya Aidil Fitri.

09 Ogos 2010

Usahlah Pujuk Rakyat Kelantan

Datuk Pa arah lebih kurang 70,000 petugas di Jabatan Persekutuan supaya memujuk rakyat Kelantan menyokong skim pemotongan subsidi.Usahlah buat begitu Datuk Pa. Rakyat Kelantan lebih cerdik. Rakyat Kelantan masih tidak lupa dengan Datuk Pa yang tidak menyokong tuntutan mereka mengenai wang royalti minyak. Subsidi ditarik balik dan wang royalti dinafikan. Bila pilihan raya semakin hampir, Datuk Pa nak pujuk  rakyat supaya menyokong cerita-cerita donggeng yang Datuk Pa ciptakan.

Bagi rakyat Kelantan, mereka lebih senang dengan kerajaan pimpinan Pas. Hampir 20 tahun, Pas diberi mandat untuk mentadbir negeri itu.Rakyat Kelantan bukannya bodoh. Buat apa menyokong Umno yang semakin hari, semakin menindas rakyat dengan kenaikan harga barang-barang keperluan, zalim dan perasuah.

Baca Seterusnya... DI SINI.

1001 Misteri Dizaman Najid Jadi PM


Rakyat diseru menolak Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat kian lemas dengan pelbagai isu yang ditakrif sebagai misteri dan tidak terjawab selepas tsunami politik 2008.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin(gambar) berkata banyak persoalan yang melanda negara yang sehingga kini menjadi tanda tanya dan dianggap misteri disebabkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban tidak diamalkan oleh Umno-BN.
"Terbaru, kita dikejutkan dengan kematian dua orang pemimpin Umno yang dianggap misteri oleh media tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa jawapan yang sahih.

08 Ogos 2010

SB Cuba Intip Aktiviti KEADILAN Dihalau

Identiti seorang anggota polis dipercayai daripada Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai orang awam terdedah apabila cuba menyusup masuk bagi mengikuti serta mengumpul maklumat pada majlis taklimat anjuran Sekretariat Latihan dan Perkaderan (Selkad) di sini minggu lalu.
Anggota SB itu 'kantoi' apabila gagal menunjukkan bukti pengenalan diri apabila didesak petugas KEADILAN pada majlis taklimat yang disampaikan oleh pegawai Skuad Komunikasi Selangor (SKS) pada pukul 9 malam Khamis lalu.
Menyedari perkara tersebut, pegawai SKS bertindak menghalaunya daripada terus berada di premis Selkad dalam sesi taklimat yang diadakan pukul 9 malam Khamis lalu.
Sehubungan itu Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron (gambar)membidas tindakan pihak polis yang dilihat menjadi alat politik Umno-Barisan Nasional untuk mengintip aktiviti KEADILAN di Selangor

Read more..  Baca Seterusnya.. DI SINI

05 Ogos 2010

US Digesa campur Tangan Dalam Pembicaraan Anwar

Dua bekas 'orang kuat' Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi “semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas” dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

“Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.

"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir,” kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore (kiri) dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal.



Baca Selanjutnya-DI SINI



Ingin Berbincang Secara Sulit, Najib Ambil Cuti Keluar Negara



Najib Ambil "Cuti" Mengejut Timbulkan Spekulasi Tarikh PRU 13
Langkah tergesa-gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti ke luar negara bermula 28 Julai lalu sehingga 10 Ogos depan menimbulkan pelbagai spekulasi andaian menarik.
Desas desus di kalangan pimpinan Umno ialah Najib bercuti ke luar negara kerana mahu berbincang secara sulit bersama pasukan perancang strategi beliau mengenai tarikh sesuai pengumuman pilihan raya umum ke-13 yang diuar-uarkan tahun ini.
Firma komunikasi antarabangsa pro-Zionis Israel, Apco Worldwide dikatakan memainkan peranan besar menasihati Najib bagaimana memenangi PRU-13.
Pun begitu, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pemergian Najib secara mendadak untuk "bercuti" menunjukkan Perdana Menteri berada dalam keadaan tertekan.
"Ada beberapa faktor besar yang menyebabkan Najib ke luar negara. Dua faktor yang penting yang amat memeningkan kepala PM ialah kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah masuk fasa yang amat kritikal yang mendedahkan segala kepincangan kes ini.
Baca Seterusnya-DI SINI

03 Ogos 2010

Kepincangan Salah Urus Felcra Membabitkan Penyelewengan Berbilion Ringgitt


Pemimpin Umno-BN Pengkhianat Melayu
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) didakwa banyak melakukan salah urus dan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit.
Penyelewengan berkenaan didedahkan oleh Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman pada majlis Himpunan Warga Felcra di sini semalam.
Di dalam himpunan berkenaan beliau turut  mendakwa isu kepincangan di dalam Felcra jauh lebih buruk dibandingkan dengan pendedahan di dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Mazlan telah  mengemukakan sebanyak 24 isu penyelewengan Felcra kepada hadirin di himpunan berkenaan yang telah dikenalpasti melalui penyiasatan sendiri bersama aduan warga Felcra yang melibatkan berbilion ringgit.
"Tidak lama dahulu kita menerima sebuah rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang datang memberikan aduan kepada kami. Daripada apa yang diceritakan kita dapati masalah tanah di Sabah dan Sarawak jauh lebih dashyat daripada apa yang berlaku di Semenanjung.
Baca seterusnya-DI SINI

02 Ogos 2010

Tindakan Tidak Demokratik Polis menghalang Ceramah Anwar Di Rengit


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng menganggap Malaysia sebagai sebuah negara polis, apabila bertindak ganas dengan memukul dan menahan dengan kasar orang ramai termasuk peniaga semasa program ceramah anjuran KEADILAN di Markas PAS Kawasan Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang, di sini semalam.
Chua berkata tindakan tidak demokratik pihal polis hanya membuka mata dam menyedarkan lagi rakyat khususnya di Johor bahawa Umno-Barisan Nasional perlu ditumbangkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Peristiwa ini menunjukkan dengan jelas bahawa, rakyat telah faham yang Umno dan Barisan Nasional di Johor sudah takut dan putus asa sehingga terpaksa menyalahgunakan institusi polis untuk menghalang proses politik dan demokrasi di negara ini.
"Ini akan menambah keazaman dan keinginan kita untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN di Johor dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang akan datang.

01 Ogos 2010

Guru-Guru Digalak Berpolitik Untuk Kepentingan Umno-BN

Umno-BN Tertekan Galak Guru Sama Berpolitik

Ketiadaan individu yang benar-benar mencakupi aspirasi rakyat jelata dalam lapisan kepimpinan Umno hari ini mendesak parti perkauman itu merekrut guru-guru menyertai gagasan pemerintah.
Namun, Umno cuba menyekat idealisma politik yang sihat dan bersih dengan mengenakan pelbagai tekanan keatas guru-guru. Antara tekanannya adalah gesaan supaya guru-guru terbabit hanya memilih parti Umno sebagai landasan politik mereka.
Exco Selangor Dr Halimah Ali berkata guru-guru seharusnya menjadi konduit politik berkecuali, yang menerapkan prinsip anti-rasuah dan demokrasi dalam jiwa anak-anak Malaysia.
Peranan guru-guru adalah seperti ibu dan bapa angkat, yang menanam semangat negara bangsa merentasi garis perkauman dan agama, bukannya menjadi alat pemerintah untuk memperhambakan jatidiri merdeka.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang menyeru guru-guru untuk mempertimbangkan kesannya jika mereka menyertai parti pembangkang.
"Kemungkinan ini satu,sebab mula-mula strategi umno dia sasar golongan ulama muda,masuk umno untuk perkuat umno,ok itu golongan agama,kedua,dia dah tahu sekarang ini bahawa ramai juga guru-guru dan juga ibu bapa kepada pelajar disekolah itu memihak kepada pakatan rakyat,seperti di Selangor

Baca Seterusnya DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...