Akhbar tidak berkala siri keenam berjudul Metro Keadilan menemui ahli KEADILAN dengan memaparkan "Akibat Tipu Peneroka Felda Disaman RM200 Juta" sebagai tajuk utama yang menghiasi muka depan akhbar tersebut.
Metro Keadilan yang mula diedarkan keseluruh negara mulai hari ini melaporkan mengenai tindakan lebih 700 peneroka daripada dua tanah rancangan di Negeri Sembilan yang mengemukakan saman sebanyak RM200 juta terhadap Felda kerana mendakwa ditipu berhubung isu perahan buah sawit.
Isu Felda juga masih panas diperkatakan dengan pendedahan pendapatan bersih peneroka hanya berjumlah RM772 sebulan selepas dibuat pelbagai potongan.

