Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

03 Februari 2014

Anwar ahli politik taraf antarabangsa, mampu bawa perubahan besar

Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya menjadi penyelamat rakyat dalam membawa usul dalam Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu agama dan bangsa.

Aktivis politik, Hishamuddin Rais, berkata calon Adun Kajang itu berkemampuan kerana beliau merupakan seorang ahli politik antarabangsa.

Katanya, ketika ini pelbagai isu agama dan bangsa diwujudkan oleh sesetengah pihak untuk kekal menguasai negara.

Anwar“Anwar seorang ahli politik antarabangsa, beliau mempunyai keupayaan pandangan agama yang mungkin ahli politik dan rakyat tidak tahu,” katanya dalam Forum Anwar dari Kajang ke Putrajaya di Kelab Radio Bangsar, baru-baru ini.


Hishamuddin berkata dalam negara yang mengamalkan semi Feudal dan semi kolonial, oleh itu personaliti orang perseorangan penting untuk negara mara ke hadapan.

“Cuba kita lihat sebelum Pakatan Rakyat wujud, anak raja sendiri (Tengku Razaleigh) gagal. Sebab itu kita lihat Anwar berupaya.

“Negara kita mengamalkan Federalisme, Anwar hanya Ketua Pembangkang, tidak boleh membawa banyak perubahan dalam parlimen.

“Tetapi apabila beliau menjadi Menteri Besar dalam negara berparlimen, beliau boleh membawa perubahan dalam isu Melayu, agama dan pemberian hartanah, beliau boleh membantah perkara yang tidak wajar berlaku,” katanya.

Anwar KhalidKatanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan seorang ahli ekonomi yang bijak yang memerlukan dokongan kuat daripada segi politik.

“Mesti ingat selama lima tahun ini, banyak kritikan secara tertutup dan terbuka tentang keupayaan Abdul Khalid.

“Tetapi siapa di belakang beliau? Anwar Ibrahim..jadi tidak salah jika Anwar menjadi Menteri Besar dan Abdul Khalid menjadi penasihat ekonomi negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, anak muda Selangor memerlukan seorang pemimpin yang lebih berketerampilan bagi menjana pembudayaan yang melebihi pada masa ini.- Selangorkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...