Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 Januari 2013

Rafizi gempur Parlimen Zahid Hamidi, dedah penyelewengan LTAT


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu.

“Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari.

“Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh,” tulis Rafizi pada twitternya hari ini.

Dedah penglibatan Dr M dalam projek IC, Ketua P’raya KEADILAN Sabah diheret RCI


Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN, Dr Chong Eng Leong dipanggil menjadi saksi dalam Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah.

“Bermula esok saya akan tampil sebagai saksi. Minggu ini ada empat sidang sebelum disambung semula pada 22 Februari,” kata Chong Eng dihubungi.

“Saya tak boleh beri apa-apa komen sehingga selesai memberi keterangan dalam siasatan tersebut,” katanya lagi ketika ditanya perkembangan lanjut berhubung siasatan itu.

TG Nik Aziz terharu terima kek harijadi dari Karpal


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui beliau begitu teruja apabila dihadiahkan sebiji kek yang tertera tiga parti di bawah Pakatan Rakyat sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Hadiah kek berkenaan diberikan Pengerusi DAP Karpal Singh, semalam ketika bertandan ke rumah pemimpin parti itu di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang semalam.

Kek yang tertera hiasan logo tiga parti di bawah Pakatan Rakyat itu, tertera tulisan di atasnya, Selamat Hari Ulang Tahun Tuan Guru ke-82.

25 Januari 2013

Bible: PAS gesa ambil tindakan provokasi Perkasa


PAS mengecam tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengarahkan dibakar kitab penganut agama Kristian, Bible, kerana tindakan tersebut bercanggah dengan Islam dan menggesa kerajaan bertindak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi tersebut jika tidak diambil tindakan dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan dan suasana yang tidak harmoni dalam negara ini.

“Dalam sebuah hadis jelas Nabi Muhammad mengatakan dihina tuhan-tuhan orang kafir, kelak mereka akan menghina tuhan kamu iaitu Allah.

Najib lawat Gaza untuk tujuan politik, raih undi Melayu- Muhd Nur


Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty berkata, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza bertujuan meraih undi orang Melayu dalam Pilihanraya Umum (PRU-13).

“Ia sekadar memberi bayangan kononnya Umno bersama Palestin, sedangkan selama ini mereka pasif berhubung isu Hamas,” kata Muhd Nur ketika dihubungi Keadilan Daily.

Dalam kunjungan 22 Januari lalu, Najib bertemu perdana menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan menawarkan bantuan dalam usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin.

Injil kalimah Allah: Tak perlu berlagak samseng


Hasutan supaya dibakar Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah menjauhkan lagi orang bukan Islam dari pengertian sebenar kalimah Allah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini menghasut supaya dibakar Injil berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

"Umat Islam seharusnya merasa malu dengan perbuatan Presiden Perkasa itu.

"Perbuatan beliau bukannya mendekatkan orang bukan Islam kepada kalimah Allah malah menjauhkan lagi mereka dari pengertian sebenar kalimah tersebut," kata Mahfuz.

19 Januari 2013

Pendatang haram diberi IC, 300,000 rakyat tempatan ‘merempat’


Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengutuk keras Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi kerakyatan kepada warga asing, tetapi menindas ratusan ribu rakyat mendapatkan kad pengenalan (IC).

Katanya, mantan Perdana Menteri itu boleh dianggap penderhaka ekoran membenarkan pendatang asing menjadi warganegara.

“Mahathir dan pemimpin Umno yang terbabit dalam pemberian IC kepada orang asing adalah penderhaka kerana mengizinkan perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini bagi mendapat respon berhubung masalah 300,000 masyarakat India tidak memiliki kad pengenalan.

Isu Deepak: Najib defensif, cemarkan negara dan rakyat


Sebagai seorang Perdana Menteri bagi sebuah negara berdaulat seperti negara kita ini, dia mesti menjaga kebersihan imej serta kredibiliti peribadi dengan setinggi dan sebaik mungkin. Jika imej dan kredibiliti seorang Perdana Menteri boleh di cemar oleh seorang penjual karpet atau penjual barangan rumah maka PM itu wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap yang membuat tuduhan secara terbuka itu.

11 Januari 2013

Campur tangan politik punca majlis Pakatan jadi rusuhan


Campur tangan orang politik di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama ini didakwa sebagai antara penyebab himpunan anjuran Pakatan Rakyat seperti Bersih bertukar menjadi rusuhan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan, orang-orang politik yang mengganggu kerja polis macam ini dihalau daripada Malaysia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata pembongkaran maklumat dari bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang mendakwa orang politik masuk campur dengan urusan kerja polis, menyebabkan ada anggapan rusuhan yang berlaku dalam Himpunan Bersih ketiga baru ini campur tangan mereka (BN).

09 Januari 2013

RM160 juta LTAT: Kerabat sedia himpun 40,000 ahli


Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat) akan menggerakkan satu himpunan besar-besaran sekiranya tiada sebarang siasatan dilakukan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM160 juta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pengerusi Kerabat, Leftenan Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, berkata himpunan tersebut akan dilakukan di hadapan pejabat LTAT yang menghimpunkan pelbagai peringkat anggota tentera.

Katanya, Kerabat sendiri mempunyai keahlian seramai 40,000 ahli, maka himpunan itu tidak mustahil untuk diadakan.

PR Desak PM Tubuh Suhanjaya Bebas Siasat Pampasan ‘Wang Darah’

PC PR 1

Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes berhubung pampasan ‘Wang Darah’ berjumlah RM207 bilion daripada kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia.

Wang berkenaan diberikan sebagai pampasan kepada rakyat negara ini yang terlibat di dalam pembinaan landasan maut sepanjang 415km daripada Siam ke Burma ketika perang dunia kedua 1942-1946.

Menurut Anwar, beliau sekali lagi menegaskan sekali lagi bahawa kewangan tersebut tidak diagihkan kepada Perbendaharaan Negara ketika beliau masih bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Apa bukti negara bahaya jika bertukar kerajaan


Insya Allah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Justeru, beliau mempersoalkan atas asas apa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Matahir Mohamad bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan.

Menurutnya, mungkin Mahathir tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...