Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

11 Januari 2013

Campur tangan politik punca majlis Pakatan jadi rusuhan


Campur tangan orang politik di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama ini didakwa sebagai antara penyebab himpunan anjuran Pakatan Rakyat seperti Bersih bertukar menjadi rusuhan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan, orang-orang politik yang mengganggu kerja polis macam ini dihalau daripada Malaysia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata pembongkaran maklumat dari bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang mendakwa orang politik masuk campur dengan urusan kerja polis, menyebabkan ada anggapan rusuhan yang berlaku dalam Himpunan Bersih ketiga baru ini campur tangan mereka (BN).


Bagaimanapun, beliau berharap perkara itu tidak berulang apa lagi dengan jaminan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, yang memberikan jaminan pihak polis Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat, 12 Januari ini, akan berlansung secara aman.

Menurutnya, kenyataan itu suatu perubahan yang baik dalam PDRM.

“Saya sangat cemas dengan rusuhan-rusuhan yang berlaku di Kuala Lumpur seperti himpunan Bersih.

“Tetapi masa himpunan Oren, mari tenang. Saya kata macam mana ni, sekali rusuhan, sekali tenang,” soalnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, sempena majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-82, di pejabatnya di sini pagi tadi.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, diraikan oleh kakitangan pejabat Menteri Besar Kelantan, sempena sambuatan ulang tahun kelahirannya itu.

Turut hadir dalam majlis sambutan berkenaan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, ahli-ahli exco kerajaan, pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat Block 1, pejabat Setiausaha Kerajaan Kota Darul Naim.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...