Bersih turut dianggotai wakil dari 62 NGO yang mana memainkan peranan besar dalam mempromosikan demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil.
Penganjur himpunan Bersih 2.0 iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan himpunan yang bakal diadakan 9 Julai ini adalah hasrat dari rakyat sendiri.
"Bersih 2.0 sekali lagi mahu menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah seratus peratus inisiatif pertubuhan masyarakat.
"Ini adalah gerakan rakyat untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil.
"Kami juga menjemput pertubuhan lain termasuk parti politik untuk menyertai kami dalam usaha mengangkat demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.
Bersih turut dianggotai wakil dari 62 NGO yang mana memainkan peranan besar dalam mempromosikan demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil.
Mereka akan terlibat menggerakkan himpunan di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.
Pelancaran himpunan itu akan dibuat 19 Jun ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.
Sehubungan itu, mereka menyeru semua pihak menyokong himpunan itu demi masa depan demokrasi negara dan bukan menentangnya.
PAS sahaja akan mengerahkan 300 ribu ahlinya menyertai himpunan itu seperti usul yang diluluskan pada Muktamar 57 lalu.
Sejak hasrat himpunan itu diutarakan, Umno khusus dilihat tidak senang duduk sehingga terpaksa membuat beratus laporan polis di seluruh negara.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan pendesak Melayu, Perkasa pula mengancam mahu bertembung dengan himpunan itu jika penganjur Bersih enggan membatalkan hasrat mereka.
Terbaru, pihak polis pula mengumumkan akan bertindak membuat tangkapan awal sebagai pencegahan agar himpunan tersebut tidak berlaku- Hrkhdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan