Pelekat palsu Bersih 2.0, sedang giat dicetak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diedarkan ke seluruh negara, dakwa Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata lewat petang tadi, beliau menerima kiriman khidmat pesanan media (MMS) daripada sebuah syarikat percetakan di Johor yang mendedahkan tindakan jahat cuba memburukkan imej himpunan Bersih 2.0.
"Pelekat ini berlatar belakangkan warna kuning, perkataan Bersih 2.0 yang ditulis secara jelas tetapi terdapat perkataan 'bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang' dan 'adakah kita mampu seperti Libya?'," kata Salahuddin.
Pelekat palsu ini ditempah dalam jumlah yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai sebelum himpunan aman itu.
Ujarnya tindakan ini secara jelas mahu mensabotaj himpunan aman tersebut sekaligus menakut- nakutkan rakyat apabila mengajak rakyat untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan, walhal matlamat himpunan itu adalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
"Ini satu perancangan yang begitu teliti dan tujuannya sangat jelas untuk mereka sabotaj perhimpunan Bersih, dan ini merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan yang tegang."
Beliau tidak menolak usaha terbaru ini dirancang untuk menghalang rakyat daripada menyertai himpunan aman yang cuba dikaitkan dengan himpunan menggulingkan kerajaan di Barat.
"Kemungkinan esok melalui peguam kami, akan memikirkan satu laporan polis jika saya mendapat salinan asal tapi kami nak beritahu ini bukan kerja kita, bukan daripada Bersih. Walaupun menggunakan warna kuning dan perkataan Bersih," katanya.-Tvsnews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
30 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan