Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

25 Jun 2011

Pembelian Scorpene malapetaka negara- Azmin Ali


KUALA LUMPUR: Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut,” kata
Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mempersoal permohonan RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene dan RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
Sedangkan sebelum ini, kata Azmin, kerajaan sudah membayar 999.15 juta Euro kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Azmin menggesa kerajaan Umno mendedahkan kontrak pembelian kapal selam berkenaan kerana sejumlah wang yang begitu banyak dibelanjakan.
Beliau juga percaya pendedahan butiran kewangan tidak mengancam keselamatan negara kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan menjelaskan kepada rakyat.
Dalam masa yang sama, beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia memberikan kerjasama kepada siasatan antarabangsa dalam skandal rasuah pembelian kapal selam berkenaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang sempat mencelah, menyebut peningkatan kos penyelenggaraan lapan kali ganda berbanding 2002.
“Perlu ada rasional kenapa perbezaannya begitu besar,” kata Nurul Izzah.
Pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia mencuri perhatian antarabangsa apabila seorang warga Mongolia, Altantuya Shaaribu yang menjadi orang tengah dalam urusniaga itu ditemui dibunuh di Malaysia.
Beliau dikatakan menuntut komisennya daripada Abdul Razak Baginda, rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam urusniaga itu melalui Syarikat Perimekar.
Altantuya disahkan dibunuh dua pegawai polis yang kini menanti hukuman gantung dan merupakan pengawal peribadi Najib sewaktu kejadian itu berlaku.
Razak bagaimanapun dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya.
Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene itu kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.-K/daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...