Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan enggan melayan provokasi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) yang membakar gambarnya dan memberi amaran kepada kaum lain agar menjauhi perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan.
Menurut Ambiga, provokasi dekimian tidak menjejaskan perhimpunan aman itu kerana ianya adalah suara rakyat.
"Kami (Bersih) ialah gerakan aman, yang mahukan pilihan raya diadakan yang bersih telus dan adil. Kami
adalah suara kehendak rakyat. Kami tidak menentang sesiapa," kata beliau kepada pemberita sebelum majlis pelancaran BERSIH 2.0 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.
"Saya tidak akan memberi sebarang kenyataan bersifat peribadi. Ia (alasan) kenyataan mereka. Saya tidak mahu membalas kenyataan seperti itu," tambah beliau.
Hari ini, PERKASA bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Ambiga dan memberi amaran kepada kaum Cina agar menjauhi himpunan kerana “apa sahaja boleh berlaku.”
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata perhimpunan anti-Bersih 2.0 akan diadakan serentak dengan himpunan aman itu dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden yang tidak diingini.
Sebelum ini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa serangan penggodam ke atas laman- laman web kerajaan sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini.
Menurut Ambiga, cubaan mengaitkan BERSIH 2.0 dengan parti politik langsung tidak tepat kerana ia kehendak rakyat dan ia tidak diperalatkan oleh mana- mana parti politik.
"Itu tuduhan yang tak tepat. Bila lihat ada 14 ahli jawatankuasa bersih. Semua dari NGO dan bukan parti politik," tegas beliau.- Tvsnews
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
20 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan