Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

24 Jun 2011

Demi masa depan negara 'BERSIH' harus diteruskan

Jayakan bersih, tak gentar diugut bunuh -Jonah


KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata beliau tidak gentar meskipun menerima ugutan bunuh berhubung  anjuran Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai.

Menurut Khairul atau Jonah, ancaman yang diterimanya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang bersama rakyat Malaysia yang lain bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

“Saya akan tetap berpegang teguh dan tidak akan patah semangat untuk berhimpun 9 Julai ini. Ini demi masa depan negara,” tegasnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
SMS  ugutan bunuh itu dihantar dari nombor telefon 601119732179  kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin Pas dan KEADILAN.
Jonah antara beberapa pemimpin  yang menerima ugutan berkenaan,  yang mengancam untuk membunuhnya jika perhimpunan itu diteruskan.
Selain pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat,  SMS yang dikirim pada malam dan awal pagi tadi turut diterima beberapa wartawan.
Menurut Jonah beliau yakin rakyat tidak takut dengan sebarang ancaman dalam perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.
Ditanya samada beliau mengesyaki pihak yang mengirimkan SMS berkenaan, Jonah berkata beliau yakin pengugut adalah individu yang tebal dengan sifat perkauman dan anti demokrasi.
“Ini jelas dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memetik perkataan kasar seperti ‘kafir laknat’ ” katanya.- K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...