
Kota Bharu -Walaupun berlaku ketidaktelusan dalam perjalanan piihan raya di Malaysia, namun hingga kini dilihat rakyat masih boleh bersabar.
Bagaimana pun, sekiranya rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan gagal melakukan perubahan melalui cara demokrasi, pilihan rakyat mungkin sama dengan apa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia.
Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan para pelajar Kelantan dan keluarga mereka, yang baru pulang dari Mesir.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata, peristiwa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia itu satu peringatan besar kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).
