Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Pentadbir Universiti Jangan Jadi Perkakas Serta Tali Barut Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pentadbir Universiti Jangan Jadi Perkakas Serta Tali Barut Umno. Papar semua catatan

26 Februari 2011

Pentadbir Universiti Jangan Jadi Perkakas Serta Tali Barut Umno

PAS mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta pentadbir universiti tidak menjadi tali barut Umno BN di negara ini.

Di luar kampus, katanya demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan Umno.

“Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti jawatankuasa kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi beruk dan baja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pembatalan keputusan 11 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putera Malaysia daripada Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...