Hasrat ingin ke Putrajaya tidak mustahil dengan semangat perubahan anak muda, contohnya apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Pemuda harus bersatu, berpadu serta perlu mencetus perubahan dan idea baru.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.
Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.
Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.
"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.
"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

