Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

27 Disember 2010

Negara Tidak Bankrap Laksana Tawaran 100 Hari Sebaliknya Negara Akan Bertambah Bankrap Sekiranya Sokongan Terus Diberikan Kepada Umno- BN

Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini.

Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik.


"10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara.

“Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang, " demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (gambar)semasa berucap di pentas Anak Muda Keadilan Pulau Pinang, semalam.


Katanya lagi, dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara akan muflis sekiranya apa yang dicadangkan oleh PR dalam janji 100 hari itu dilaksanakan juga merupakan lemparan dakwaan yang meleset.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata, negara akan bertambah bankrap sekiranya sokongan terus diberikan kepada BN untuk memerintah negara.

Katanya, dengan kuasa yang ada pada BN maka rasuah akan berleluasa, korup dan penyelewengan akan bertambah parah.

Rakyat, tambahnya akan menjadi mangsa apabila harga barangan dinaikkan hasil dari tindakan pemimpin BN yang tidak cekap mentadbir negara.

"Selama ini pun kita telah merasai bagaimana kenaikan harga barangan keperluan yang memberi kesengsaraan kepada rakyat dalam jangkamasa panjang.

“Sekiranya kita tidak mahu kuasa disalahgunakan oleh BN yang memimpin, maka rakyat mesti yakin dan mengubah sokongan mereka secara drastik kepada PR, " tegasnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali.- HarakahDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...