Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

05 Disember 2010

Rakyat Tuntut Hak Air, FRU Guna Air Syabas Tembak Air Asid

IMG_4077KUALA LUMPUR 5 Dis - Tuntutan rakyat yang di jamin di bawah Perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus dan penentangan usaha menswastakan perkhidmatan bekalan air dijawab pihak keselamatan dengan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berasid.

Pihak berkuasa melepaskan lebih 10 'canister' gas pemedih mata serta menggempurkan lebih 8,000 rakyat yang berhimpun di Masjid Negara sejak tengahari dengan meriam air dan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berpakaian lengkap.
Demonstrasi secara aman itu dijadual memulakan perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exco.
IMG_4092Sebelum itu bercakap kepada perhimpunan denghan menggunakan 'hailer' dari tingkat atas masjid, Abdul Khalid tuntutan rakyat berhubung cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menaikkan tarif air tidak oleh dibenarkan kerana akan hanya membebankan golongan berpendapatan rendah rakyat apatah lagi kini terus menanggung kenaikan harga barangan keperluan.
IMG_4105
"Memorandum yang ingin diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong memohon baginda menggunakan kuasa yang ada pada baginda untuk menyekat penindasan ke atas rakyat oleh syarikat korporat yang hanya mementingkan keuntungan," kata beliau.


Peserta demonstrasi yang memakai baju serta lilitan kepala serba merah serta membawa sepanduk menuntut dikembalikan hak air kepada rakyat mula bergerak menuju ke Istana Negara yang terletak kira-kira satu kilometer pada pukul 12.30 tengahari.

Bagaimana pasukan keselamatan menghalang pergerakan mereka sesampainya di stesen KTM dan berlaku kekecohan apabila peserta marah dengan tindakan pihak polis tersebut.

Apabila ratusan peserta demonstrasi membolos halangan polis, anggota FRU mula melepaskan gas pemedih mata diikuti dengan pancutan air beraci dari trak meriam air.
Ini menyebabkan keadaan menjadi huru hara dengan peserta lari menuju pelbagai arah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

IMG_4123Semangat membara rakyat tidak mampu dipatahkan oleh pihak berkuasa walaupun sehingga kini kira-kira 46 peserta demonstrasi ditahan pihak polis.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Perdana Menteri, Menteri serta Ketua Polis Negara silih berganti namun dasar kekejaman Umno-Barisan Nasional tidak berubah sejak zaman reformasi pada 1998.

"Apa yang kita lihat hari ini mengimbau kembali memori keganasan polis dan FRU membelasah rakyat tanpa belas kasihan. Kita lihat ini masih berlaku.

"Selagi rakyat memilih Umno-BN inilah yang mereka akan dapat dan oleh kerana ini amat perlu sekali rakyat membuat keputusan muktaman pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti supaya membuang terus Umno-Bn buat selama-lamanya," tegas Shamsul.

IMG_4159Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Faris Musa pula amat kesal dengan tindakan ganas pihak berkuasa terhadap peserta perhimpunan aman hari ini.

"Perhimpunan ini bersifat aman oleh rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kerakusan Syabas mahu menaikkan tarif air. Oleh kerana satu memorandum hendak diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong. Apa besar sangat masalah pihak polis membenarkan beribu-ribu rakyat berarak secara aman dan tenang ke Istana Negara. Kenapa harus menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang hanya menuntut hak mereka bukannya keluar untuk bergaduh dengan polis," bidas Faris.

Reformis veteran, S Pushpa Lingam berkata tidak ada perbezaan antara tindakan kejam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap aktivis gerakan reformasi 12 tahun lalu dengan dasar Datuk Seri Najib Razak.

"Mungkin kali Najib lebih kejam daripada Mahathir sebab dia ada Rosmah buat keputusan juga," sindir Pushpa.

Seorang pelancong Perancis, Matthieu Lacroix yang turut menyaksikan bagaimana pihak berkuasa bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi merasa kagum melihat semangat penyokong Pakatan Rakyat yang begitu tinggi memperjuangkan hak rakyat.-S/Keadian
AddThis Social Bookmark Button

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...