Peristiwa ini katanya sama seperti ketika Parti Negara dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar yang mana Allahyarham Onn difitnah oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menutup perjuangan bekas pengasas Umno itu, kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 2000 perwakilan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua dekat sini pagi ini. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya.
Menyambung hujahnya, Wan Azizah berkata, Umno/BN akan terus mematikan perjuangan pembangkang dengan 'pembunuhan karakter' termasuk pada tahun 1964 yang mana Dr Burhanuddin Al Helmy dan Ahmad Boestamam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dengan pelbagai sekatan, permainan media dan fitnah serta perkauman melampau, Umno/BN akhirnya berjaya melemahkan perjuangan pembangkang, katanya.
Kini ujar Wan Azizah, Umno/BN tersepit setelah Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri termasuk di Perak yang akhirnya dirampas secara 'keji' oleh mereka
