Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

02 April 2011

Anwar Disambut Meriah, Pengacau Di’boo’


KUCHING-Walaupun dihalang, diganggu dan amaran diberikan polis, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching tetap disambut meriah penduduk setempat.

Sekalipun tanpa publisiti besar-besaran, namun kehadiran Ketua Pembangkang berjaya dihidu, yang kemudiannya disebar secara lisan, melalui SMS dan emel.

Pada program ceramah di Kampung Rampangi dalam Dun Asajaya malam tadi, seperti mana sebelumnya, polis meneruskan ‘operasi menakutkan rakyat’, namun keberanian rakyat Sarawak dibuktikan dengan kehadiran ratusan termasuk kaum wanita dan anak-anak muda.


Pada satu ketika semasa Anwar sedang berceramah , seorang pegawai polis telah di’boo’ oleh hadirin kerana secara tiba-tiba mencelah dan mengarahkan supaya pembesar suara diperlahankan.

“Tak apa, nanti bila kita sampai ke Putrajaya, bukan sahaja gaji guru kita naikkan, elaun polis pun kita tambah,” sinis Anwar disambut ketawa oleh hadirin.

Beliau kemudiannya bergegas ke Demak Laut Commercial Centre untuk memenuhi undangan ceramah di sebuah restoran.

Disini, ratusan penyokong Pakatan Rakyat setia menunggu walaupun kawasan tersebut dikepung puluhan anggota polis.
“Walaupun agak penat dengan program berterusan sepanjang hari, tapi bila saya tengok orang Sarawak bersemangat, saya pun jadi kuat,” kata Anwar disambut sorakan ‘Reformasi’.

“Ini petanda yang baik. Bukan orang Bidayuh sahaja yang mahu perubahan, orang Melayu pun,” katanya.
Anwar berkata Sarawak yang kaya amat jauh berbeza dengan keadaan negara Bangladesh yang dilanda kemiskinan.

“Negeri ini akan mengalami nasib yang sama sekiranya pemimpin Barisan Nasional dibenarkan terus merompak hasil mahsulnya,” kata Anwar.
Terdahulu sebelum itu, di sebelah petang, ketika singgah di pekan Serian untuk minum petang, ramai pengunjung di bandar transit tersebut yang mengambil peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama Anwar.
Kehadiran rakyat Sarawak yang meningkat pada setiap program yang dihadiri Anwar menunjukkan ‘mood’ sokongan kini berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Rakyat Sarawak harus mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di negara Mesir dan Tunisia yang menumbangkan penguasa yang zalim dan rasuah.

Hadirin mendengar amanat Anwar pada program ceramah di Demak Laut Commercial Centre

“Dunia menolak pemimpin yang ambil kekayaan dan banyak menyusahkan rakyat. Negeri kaya tetapi rakyat miskin. Semua dah tukar dah, Indonesia sudah, Mesir dan Tunisia pun sudah tukar dan yang tinggal Sarawak sahaja yang belum,” kata Anwar menutup ceramah di Demak Laut malam tadi.-K/daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...