Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

19 April 2011

Gesaan Media Kawalan Umno Hukum Pengundi Cina Sokong Pakatan Rasis


Gesaan terbuka Utusan Malaysia, bukan sahaja rasis tetapi juga bertentangan dengan slogan 1 Malaysia dan amalan demokrasi

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa gesaan akhbar Kumpulan Utusan supaya Barisan Nasional (BN) menghukum pengundi-pengundi Cina yang tidak menyokong perikatan itu pada pilihan raya negeri Sarawak kelmarin sebagai rasis dan tidak demokratik.

Beliau juga mengecam parikatan itu kerana membenarkan media kawalan Umno membenarkan pendirian sedemikian dikeluarkan serta mempersoalkan sama ada ia konsisten dengan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengerusi BN.


“Gesaan terbuka Utusan Malaysia, bukan sahaja rasis tetapi juga bertentangan dengan amalan demokrasi,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan jika BN mengambil tindakan tegas seperti yang disarankan oleh Mingguan Malaysia terhadap pengundi bandar dan sesiapa yang menggunakan hak demokrasi, maka tiada gunanya pilihan raya diadakan.

Menurut Lim, satu lagi akhbar milik Umno, Berita Harian dalam ruangan editorial hari ini berkata “sudah tiba masa BN meneliti senario kenapa pengundi Cina menolak BN, bukan saja di Sarawak, malah di kebanyakan pilihan raya kecil lalu".

“Persoalannya, adakah kerana BN tidak cukup membantu kaum Cina atau ia sekadar keyakinan mereka bahawa pembangkang mampu membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan DAP di Pulau Pinang dan Selangor dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS,” kata beliau.

Semalam, Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan media kawalan Umno, menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak kali ini.

Mingguan Malaysia berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undin popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

“Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.

“Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP,” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...