Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
13 April 2011
Taib Mahmud sudah terlalu berkuasa di Sarawak
Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita - CheguBard.
Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud sudah terlalu berkuasa di Sarawak sehinggakan Perdana Menteri Najib Tun Razak gagal memujuk supaya beliau berundur.
“Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa,” kata Badrul Hisham Shaharin dalam blognya.
Katanya, “rakyat perlu disedarkan bahawa mengundi PBB bererti mengundi Taib, mengundi SUPP bererti mengundi Taib, mengundi SPDP bererti mengundi Taib, mengundi Snap bererti memecahkan kekuatan melawan Taib.”
Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, “pergilah ke mana-mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatnya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita.
“Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi termasuk di luar negara,” katanya.
Tegas beliau, “setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat Sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka.
“Pilihan raya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah ‘mood….. nyah Taib dan selamatkan Sarawak’.
“Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib,” terang beliau.
Menurut beliau, oleh kerana takut dengan ugutan Taib maka jentera BN akan berada di luar kawalan, jika Taib tidak menerajui BN dalam pilihan raya negeri kali ini.
Oleh itu katanya, Najib bersetuju Taib untuk terus menerajui jentera pilihan raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.
Rakyat Sarawak menolak Taib
CheguBard berkata, setelah menyedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya maka tanpa berselindung lagi Najib terpaksa mengumumkan bahawa Taib akan berundur dalam masa terdekat.
Menurut beliau, Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.
Katanya lagi, Najib menjadi panik apabila mendapat tahu jumlah kehadiran dalam kempen BN sangat kecil jumlahnya berbanding dengan jumlah kehadiran dalam program-program kempen Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, “BN terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang, dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin BN hinggalah mengagihkan ‘tupperware’ percuma selepas ucapan Najib,” katanya.
“Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program,?” soal beliau.
Katanya, “terpesona dengan kehadiran yang agak ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, ketika bersama Najib, Taib mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi.
“Ini digambarkan dalam ucapannya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur Faizah dan Anuar Zain disamping artis-artis popular berbangsa Cina,” katanya.
Beliau mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak tertipu dengan janji-janji Taib kerana beliau pernah umum akan berundur pada tahun 1995 tetapi sehingga hari ini dia masih berada di situ.
“Kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang BN…. Najib juga gagal undurkan Taib… hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu jangan undi BN,” jelas CheguBard.-FMT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan