Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
24 April 2011
1Melayu 1Bumi keakuan melampau
Isu 1Melayu, 1Bumi sepertimana yang diperkatakan oleh akhbar Utusan Melayu, milik Umno sebenarnya menyuarakan hasrat sebenar parti tersebut dan dasar yang ingin mereka praktikkan.
Namun begitu, bagi Pakatan Rakyat (PR), ia bukannya sesuatu yang membanggakan.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Sungai Tiram, Bayan Lepas malam tadi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, turut menyatakan apa yang cuba ditimbulkan oleh Umno melalui akhbar tersebut akan mengundang prasangka yang parah kerana mempertontonkan keakuan yang melampau.
"Dalam PR kita membela semua golongan masyarakat yang memerlukan sokongan dan bantuan. Siapa sahaja yang sukar dan melarat pasti akan dibela bagi menjadikan mereka juga dapat hidup dalam sempurna dengan kumpulan masyarakat yang lain.
"Oleh kerana itulah, PR enggan menerima momokan prejudis seperti ini untuk diperjuangkan sebagai landasan politik yang akan membawa parah dan kemudaratan," tegasnya lagi.
Azmin juga menyatakan dalam pilihan raya umum yang akan datang, PKR tidak akan berkompromi lagi dengan mana-mana pihak yang telah menggugat kestabilan parti sepertimana yang dilakukan oleh wakil rakyat yang melompat.
"PKR akan pastikan tapisan kali ini adalah yang terbaik, setelah pengalaman lalu membuktikan, tanpa tapisan yang terbaik, maka hasilnya juga adalah yang tidak baik sepertimana yang dibuktikan oleh wakil rakyat PKR yang mengisytiharkan diri mereka sebagai bebas.
"Mereka ini juga sebenarnya menjatuhkan imej sendiri, apabila meletakkan martabat mereka, pada tahap yang begitu rendah dengan tidak menghormati mandat yang telah diberikan oleh pengundi atas tiket parti sebelum ini.
"Walau bagaimana pun, kita akan pastikan insiden ini tidak akan berulang lagi dalam pilihan raya yang akan datang. Tapisan yang terbaik akan dilakukan sebelum pemilihan wakil rakyat dilakukan," tegasnya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mansor Othman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain.-Hrkh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan