Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
16 April 2011
Kebangkitan Iban, KEADILAN menang kerusi pertama DUN Krian
SARATOK: KEADILAN berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N34 KRIAN dengan memperoleh majoriti kira-kira 3,000 undi.
Keputusan tidak rasmi itu diumumkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, di laman twitternya.
Kerusi berkenaan yang ditandingi empat penjuru, menyaksikan Calon KEADILAN, Ali Anak Biju menang di 45 peti undi dan hanya kalah di tiga peti undi sahaja.
Beliau menewaskan Liman ak Sujang dari SNAP, Datuk Peter Nyarok ak Entrie dari BN-SPDP dan Banyi ak Beriak (bebas).
DUN Krian mempunyai kira-kira 10,800 penggundi dengan lebih 90 peratus pengundi adalah dari kalangan kaum Iban.
DUN ini terletak dalam Parlimen Saratok.
Ali, sebelum ini berkata, selepas berkempen di 61 kawasan yang melibatkan 250 rumah panjang di kawasan Krian, sambutan daripada masyarakat terutama kaum Iban terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah di luar jangkaan.
“Kita Optimis KEADILAN akan menawan DUN Krian pada pilihan raya kali ini,” katanya sebelum ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan