Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
17 April 2011
Keputusan Rasmi: BN 52 Kekal Kuasa, Pakatan 13
Secara rasmi Barisan Nasional (BN) telah memperoleh 52 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meneruskan kerajaan negeri bumi Kenyalang manakala Pakatan Rakyat tiga belas.
BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 8.40 malam.
Kira-kira sejam kemudian, BN memperoleh majoriti dua pertiga dan setersnya 52 kerusi pada pukul 10 malam.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 51 kerusi kali ini berbanding 63 pada 2006.
Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” katanya.
“Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.
Lapan kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP lima. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi.
BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut.
BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu, Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak dan Marudi.
Kerusi Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala Pending, Batu Kawah, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.-TVS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan