Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

19 April 2011

Video: Peguam Negara tetap cari jalan dakwa Anwar


Walaupun siasatan polis tidak mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks, KEADILAN percaya Peguam Negara yang dikuasai regim Umno Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan untuk mendakwa Ketua Umum KEADILAN itu di mahkamah.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail pada kenyataan media hari ini, berkata ini kerana seluruh episod konspirasi itu direka bagi menghancurkan kerjaya politik Anwar.

Beliau berkata, ia bukan mustahil kerana situasi sama berlaku terhadap Anwar dalam dua kes finah liwat walaupun Ketua Pembangkang itu tidak melakukan kesalahan berkenaan.


“KEADILAN kesal kerana BN terus menggunakan politik kotor, jijik, malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik,” katanya.

Beliau merujuk laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan video seks sudah lengkap dari setiap sudut.

Mengikut laporan itu, siasatan polis menjurus kepada Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan lucah dan hasil siasatan akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Saifuddin berkata, kenyataan polis itu menunjukkan siasatan mereka mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar dalam video itu kerana beliau tidak ada kena mengena dalam isu itu.

“Ini selari dengan penafian Anwar yang konsisten mengenainya,” katanya.

“Bagaimanapun, kita yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim BN akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Anwar ke mahkamah,” katanya lagi.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...