Tdak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak, BN mendapat tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April 2011 hingga kini.
Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimpin BN tidak boleh tidur lena.
“Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April 2011, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Contohnya, kata beliau pemimpin Umno yang kalah kepada Pakatan Rakyat baru mereka sedar untuk turun melihat kesempitan rakyat sedangkan sewaktu ada kuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.
Justeru, ujarnya tdak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak, BN mendapat tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April 2011 hingga kini.
Menurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan memperolehi menang tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.
“Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, modal pembangunan adalah skima lama BN di mana tempat yang ketinggalan daripada arus pembangunan.
Memang, katanya kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi.
Beliau menambah, sebab itu peruntukan tidak sampai ke sasaran supaya ia adalah modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.
Sehubungan itu, katanya PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.
Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk tempoh lima tahun, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR)
Dalam pembentangan RMK-10 , Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.
“Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu dhaif.
“Persoalannya kenapa jadi begini?
“Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat.
KUALA LUMPUR, 12 April: Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimoiBN tidak boleh tidur lena.
“Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April 2011, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Contohnya, kata beliau pemimpin Umno yang kalah kepada Pakatan Rakyat baru mereka sedar untuk turun melihat kesempitan rakyat sedangkan sewaktu ada kuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.
Justeru, ujarnya tdak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak, BN mendapat tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April 2011 hingga kini.
Menurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan memperolehi menang tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.
“Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, modal pembangunan adalah skima lama BN di mana tempat yang ketinggalan daripada arus pembangunan.
Memang, katanya kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi.
Beliau menambah, sebab itu peruntukan tidak sampai ke sasaran supaya ia adalah modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.
Sehubungan itu, katanya PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.
Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk tempoh lima tahun, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR)
Dalam pembentangan RMK-10, Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.
“Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu dhaif.
“Persoalannya kenapa jadi begini?
“Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat?" soalnya.-Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan