Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

12 April 2011

Jangan 'Over Confident' Tapi Optimis Dengan Perubahan Sarawak


Jentera PAS di pilihan raya negeri Sarawak ke-10 diingatkan supaya tidak terlalu yakin dengan usaha kempen yang telahpun dibuat walaupun gelombang rakyat menolak Barisan Nasional kian terserlah, kata Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut beliau, Umno mempunyai pelbagai strategi kotor untuk memadamkan mood perubahan rakyat, antaranya melakukan rasuah dalam skala di luar perhitungan Pakatan Rakyat.

"Walaupun sokongan rakyat lebih baik daripada dulu (pilihan raya negeri Sarawak 2006), jangan 'over confident' sangat," ujarnya di Taman Permatang Jaya, di sini.

Bagaimanapun beliau berkata, tidak salah jika Pakatan Rakyat, termasuk PAS sendiri optimis dengan mood perubahan dalam pilihan raya kali ini.



"Gelombang (anti Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud) sedang meningkat dan saya sendiri optimis (dengan mood perubahan rakyat Sarawak.

"(Mungkin sebab itu) dah ada yang 'over confident' dengan sokongan rakyat Sarawak," ujarnya lagi.

Katanya lagi, disebabkan mood perubahan rakyat itu sekali gus memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk turun padang dan berkampung di Sarawak sejak semalam untuk mempertahankan kemenangan Barisan Nasional di negeri jolokan Bumi Kenyalang itu.

"Hari ini, nampak macam dia (Najib) gelabah dan buat sesuatu untuk tahan perubahan (rakyat Sarawak) ini," beliau menambah.

Dalam perkembangan yang sama, Mustafa berkata terdapat faktor dalaman dan luaran yang menggamit perubahan rakyat dalam pilihan raya negeri kali ini.

"Faktor luaran ialah kebencian rakyat terhadap BN (Barisan Nasional) yang perintah terlalu lama (lebih 40 tahun) dengan korupsi (khususnya era pentadbiran Taib).

"(Faktor dalaman ialah) ada kali ini sebagai 'United front' (sepasukan yang bersatu)...tidak seperti dulu DAP dengan DAPnya, begitu juga PAS dengan (jentera) PASnya.

"Saya rasa, inilah keyakinan yang ada pada rakyat sendiri dan rakyat sendiri lihat ini (mood perubahan) semua," ujarnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menyeru seluruh jentera Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya meningkatkan lagi usaha meniupkan perubahan demi menyelamatkan Sarawak dari terus dikuasai oleh pentadbiran Taib.-TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...