Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
10 Oktober 2012
Umno sudah tidak boleh dikenali lagi- Aspan Alias
Najib akan tercatat dalam sejarah sebagai seorang ‘unelected Prime Minister’ negara ini kerana beliau tidak mengadakan pilihanraya sehingga tamat penggal mandat Abdullah Badawi dahulu. Beliau tidak berapa yakin untuk mendapatkan sokongan rakyat. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendapat kepastian yang BN masih diterima tetapi sehingga hampir habis saki baki penggal yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dahulu Najib masih tidak berkeyakinan untuk menang dalam PRU yang akan datang ini. Ini sahaja sudah meyakinkan rakyat yang Najib belum berkeyakinan yang beliau akan mendapat sokongan rakyat.
Allahyarham Tun Razak juga memakan masa lebih dari empat tahun untuk memanggil pilihanraya. Tun Razak telah memanggil pilihanraya hanya pada bulan Ogos 1974 setelah beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu. Tetapi perbezaan di antara Tun Razak dan Najib Tun Razak amat besar.
Umno BN hanya boleh menang dengan penipuan SPR dan JPN
Umno BN boleh menang pilihan raya umum ke-13 hanya dengan penipuan dan konspirasi di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.
“Kalau nak menang, lawan secara anak jantan. Saya nak ingatkan mereka, kalau masih menipu untuk menang, samalah macam Hosni Mubarak.
“Sebab BN tak ada cara lain untuk menang melainkan muslihat dan penipuan,” katanya ketika dihubungi.
08 Oktober 2012
Kahwin Mega: Inikah contoh wasatiyyah?
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) timbul tandatanya jika perbelanjaan Ketua Menteri Melaka telah mampu memecahkan Malaysia Book of Record kerana berbelanja mewah untuk perkahwinan anaknya , adakah amalan itu sesuai dengan Islam wassatiyyah yang dicanang oleh PM.
Isu yang dibangkitkan bukan soal politik atau mempolitikkan perbelanjaan perkahwinan tersebut tetapi adalah isu moral yang telah berbangkit.
Adakah wajar seorang pemimpin berbelanja besar untuk majlis peribadi yang amat ketara menunjukkan kemewahan.
Skandal PKFZ: Mahathir, Najib wajib hadir ke mahkamah
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang.
Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.
29 September 2012
Pakatan realistik mansuh PTPTN, BN cuma mampu beri diskaun 20%
Pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melangsaikan hutang sekaligus, tidak akan menyelesaikan masalah golongan itu, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, peminjam yang rata-rata lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak mempunyai banyak wang hingga boleh melangsaikan keseluruhan hutang PTPTN.
“Mereka sangat terbeban dengan hutang PTPTN dan mana mungkin mereka dapat membayarnya sekaligus,” katanya ketika dihubungi.
Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ untuk beli undi rakyat
Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet yang tidak berhemah dan ‘ole-ole’ pilihan raya BN untuk membeli undi rakyat.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ia jelas kerana Najib tidak berminat untuk mengubahnya kepada perbelanjaan berimbang, sebaliknya menumpu kepentingan mempertahan survival politik BN berbanding kesengsaraan yang ditanggung rakyat.
27 September 2012
Mengundi UMNO itu bukan Wajib Hukumnya!(bah 1) - Sakmongkol AK 47
UMNO guna 3 isiu- bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika UMNO kalah. Agama Islam akan tergugat jika UMNO jalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.
Jika UMNO bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.
MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor”
Menteri Besar Selangor menganggap iklan fiksyen “Krisis Air Selangor” yang bakal dihasilkan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri sebagai cabaran untuk beliau terus menyusun semula industri air untuk kepentingan rakyat.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata iklan tersebut menunjukkan sikap buruk sesetengah pihak terhadap usaha Selangor menyusun semula industri air.
“Saya berharap pelakon-pelakon tambahan ini tidak menggunakan krisis air untuk menunjukkan keupayaan lakonan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini.
Belanjawan Pakatan 2013 tambah kebajikan untuk rakyat dan realistik
Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanjawan 2013, dengan beberapa tawaran baru yang menguntungkan segenap lapisan rakyat dan bersifat realistik.
Ia dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan kira-kira jam 2 petang tadi, dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional (BN).
Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.
Belanjawan bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa
tawaran baru yang menarik, antaranya: -
Rapid: Melayu jadi hamba atas tanah sendiri
Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri.
Sehubungan itu, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional, tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat.
Langgan:
Catatan (Atom)
