| Yusmadi Yusuf |
Artikel bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Mallot yang bimbang dengan corak pentadbiran rasis Umno yang bertentangan dengan slogan 1 Malaysia menggambarkan realiti negara ini, kata peguam Yusmadi Yusof.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa PKR menganggap Mallot, sebagai bekas duta besar mempunyai legitimasi memberi pandangan tentang keadaan politik dan masa depan ekonomi negara ini.
"Secara realitinya masyarakat berbilang bangsa masih lagi terasa tidak diberi layanan sewajarnya dan ini menempelak agenda 1 Malaysia yang mengatakan masyarakat pelbagai bangsa perlu bersama. 1 Malaysia tidak menjadi kekangan kepada pembangkang sebaliknya jadi kekangan kepada Umno sendiri yang perlu memahami maksud sebenar 1 Malaysia," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.