Suhaizan Kayat berkata tindakan polis menangani kes ini dipersoalkan sehingga video yang sepatutnya berada dalam siasatan polis dibocorkan dan tersebar dibeberapa laman blog.
Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak polis agar trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang penyiaran video lucah mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap segera jika tidak mahu rakyat membuat keputusan sendiri.
Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat berkata tindakan polis menangani kes ini dipersoalkan sehingga video yang sepatutnya berada dalam siasatan polis dibocorkan dan tersebar dibeberapa laman blog termasuk YouTube oleh individu yang tidak bertanggungjawab.