Pengadu Saiful Bukhari adalah adalah seorang homoseksual atau mengamalkan hubungan sejenis berdasarkan calitan air mani individu berbeza yang dijumpai pada tubuh dan pakaian beliau.
Peguam Karpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi hanya rumusan itu sahaja yang boleh dibuat berdasarkan ujian DNA yang dijalankan oleh pakar forensik kerajaan Dr Seah Lay Hong.
Dr Seah enggan mengesahkan kesimpulan Karpal itu walaupun ditanya berulang kali.
Semalam, mahkamah diberitahu bahawa Dr Seah tidak mencatatkan keputusan sekurang-kurangnya lima hingga enam sampel DNA yang ada pada tubuh dan pakaian Saiful.