Inilah masanya untuk rakyat Negeri Sarawak mencipta sejarah baru dalam lanskap politik negara. Ubah sebelum parah. Jangan biarkan rakyat Sarawak terus dihimpit kemiskinan. Undilah sesiapa saja tapi jangan beri undi kepada calon 'Barisan Nasional' yang khianat amanah rakyat
Rakyat Sarawak berpeluang besar untuk mencipta sejarah baharu membuat perubahan drastik di dalam Pilihan Raya Umum Negeri ke 10 (PRUN10) pada 16 April depan dengan menumbangkan BN.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak mustahil usaha keras yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat selama ini lebih-lebih lagi menghadapi PRUN10 kali ini akan menghasilkan keputusan terbaik.
Katanya, rakyat mahu Taib Mahmud berhenti sebagai Ketua Menteri bukan dua atau tiga tahun lagi tapi berhenti pada 16 April ini setelah lebih 40 tahun melakukan berbagai salahlaku di Sarawak.