Keputusan Pilihan raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan jurang sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) berbanding Pakatan Rakyat, semakin mengecil, kata penganalisis politik terkenal, Dr Abu Hassan Hasbullah.
Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum) itu berkata, ia juga bermakna perubahan besar mula merebak ke Bumi Kenyalang berikutan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) semakin besar.