Kenapa sampai sekarang Sarawak yang kaya dengan balak dan minyak serta hasil asli lain boleh tercorot menjadi negeri keempat termiskin di Malaysia.
“Apa yang pembangkang boleh buat? Mereka hanya bercakap tetapi hanya kita boleh lakukan,” itulah lebih kurang tema yang dibawa oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan pemimpin BN yang lain ke seluruh pelosok Sarawak untuk pilihanraya negeri ke- 10.
Namun masa sudah berubah, slogan seumpama itu menjadi usang kali ini kerana BN Sarawak berdepan dengan Pakatan Rakyat yang mentadbir dua daripada negeri paling maju di Malaysia - Selangor dan Pulau Pinang.
Dan biar apapun yang cuba digambarkan oleh media arus perdana, hakikatnya ialah, pembangkang kali ini mempunyai rekod cemerlang mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sebagai tonggak ekonomi negara di samping melaksanakan program-program membela golongan terpinggir.