Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya. Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang "waras".
Sememangnya, hipotesis di atas didasari dengan pra-syarat bahawa klip video tersebut bukan sesuatu yang benar, iaitu pelakunya adalah Anwar Ibrahim sebagaimana yang disasarkan. Kesahihan video tersebut boleh dikenalpasti kemudiannya. Namun, melihat kepada pendekatan Datuk T mengumumkan video tersebut, agak jelas bahawa kesahihan video tersebut adalah rendah