Mulai sekarang semua rakyat boleh memanggil Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran Anwar007 kerana pelbagai jenis agen yang dituduh ke atas beliau.
Dengan gelaran ini diharapkan Anwar akan berada dalam keadaan tersepit dan akan dipandang hina oleh rakyat terutamanya pengundi.
Perkara ini diucapkan sendiri oleh Anwar dalam satu ceramah anjuran Keadilan Senadin yang turut disertai ramai pemimpin PR.
(Gambar): Anwar sedang menceritakan bagaimana beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh pemimpin BN dan media mereka termasuk pelbagai jenis agen asing. Jadi nama beliau sekarang adalah Anwar007 sebagaimana agen James Bond dalam filem Ingggeris)
"Dulu mereka tuduh saya agen Amerika, Yahudi, Israel, Kristian, Arab dan Cina," tegasnya.