Kamu semua hambakah dalam ini negeri, apa negeri ini orang (Barisan Nasional) punya. (Apakah) ini negeri Menteri punya. Apakah tanah ini bukan (milik) kamu semua. Rakyat Sarawak harus bangkit ..tolak 'Barisan Nasional' yang bongkak dan zalim ..
Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi pilihan raya negeri Sarawak, kempen mega akhir Pakatan Rakyat khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak pagi semalam, dilihat kian mendapat sambutan rakyat.
Di pekan kecil dalam DUN Sadong Jaya pagi semalam, lebih 2,000 rakyat pelbagai kaum mendengar amanat Anwar.
Kempen mega akhir itu turut menyaksikan penampilkan bercama calon PAS di DUN Sadong Jaya sendiri, iaitu Abang Eddy Abang Fauzi.
Dalam ucapannya di sini, Anwar mengajak rakyat bangkit mempertahankan hak masing-masing antara lain hak tanah adat Bumiputera (NCR) yang selama 30 tahun di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seakan dirompak secara terbuka.
