Wahai rakyat Sarawak .. bangkitlah .. lakukan perubahan .. tolak Barisan Nasional pimpinan Taib
Kebangkitan rakyat Sarawak melawan kezaliman regim Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kali ini adalah sejarah yang belum pernah berlaku, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.
“Tidak pernah terjadi dalam sejarah Sarawak sebelum ini yang rakyat bangkit untuk membuat perubahan.
“Kita bukan hanya mahu gantikan kerajaan, tetapi kita mahu ubah sistem yang rosak oleh pentadbiran BN,” katanya pada program Grand Finale di sini, malam tadi.