Jentera PAS di pilihan raya negeri Sarawak ke-10 diingatkan supaya tidak terlalu yakin dengan usaha kempen yang telahpun dibuat walaupun gelombang rakyat menolak Barisan Nasional kian terserlah, kata Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.
Menurut beliau, Umno mempunyai pelbagai strategi kotor untuk memadamkan mood perubahan rakyat, antaranya melakukan rasuah dalam skala di luar perhitungan Pakatan Rakyat.
"Walaupun sokongan rakyat lebih baik daripada dulu (pilihan raya negeri Sarawak 2006), jangan 'over confident' sangat," ujarnya di Taman Permatang Jaya, di sini.
Bagaimanapun beliau berkata, tidak salah jika Pakatan Rakyat, termasuk PAS sendiri optimis dengan mood perubahan dalam pilihan raya kali ini.