Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Dun luluskan Akta Kebebasan Maklumat Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dun luluskan Akta Kebebasan Maklumat Selangor. Papar semua catatan

02 April 2011

Dun luluskan Akta Kebebasan Maklumat Selangor


Akta Kebebasan Maklumat sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini selepas ia dibaca buat kali ketiganya dan diluluskan.

Akta yang dibacakan untuk kali kedua dalam Dun Selangor pada 14 Julai 2010 lalu oleh Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong, bertujuan untuk memberikan hak kepada rakyat Selangor mendapatkan maklumat tanpa sebarang sekatan.

Rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor itu.

Cadangan rang undang-undang itu disokong oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...