Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label DJ Radio Free Sarawak ‘muncul’ Dalam Forum Tanah Adat Di KL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DJ Radio Free Sarawak ‘muncul’ Dalam Forum Tanah Adat Di KL. Papar semua catatan

19 Mac 2011

DJ Radio Free Sarawak ‘muncul’ Dalam Forum Tanah Adat Di KL

Mark Bujang, Abun Sui, Minggat dan Nicholas Mujah
sebagai panelis forum
Forum Tanah, Adat dan Pilihan raya di sini, malam tadi, menerima ‘kunjungan’ penyampai (DJ) stesen radio bebas, Radio Free Sarawak, Peter John Jaban yang berucap secara langsung dari London.

Beliau berkata, pendedahan yang dilakukannya menerusi laman web Sarawakreport.org dan Sarawakupdate, bukan pembohongan sebaliknya berasaskan data yang dikutipnya dari sumber rasmi kerajaan negeri itu.

Lebih popular dengan nama Apai Orang Utan, beliau mendakwa memindahkan semua data berkaitan tanah rakyat di Bumi Kenyalang itu dari Jabatan Tanah dan Survey (JTS) ketika beliau bertugas di situ

“Sebelum meletak jawatan, saya sempat ‘curi’ semua data dan penyelewengan tanah di Sarawak,” katanya pada forum bertajuk ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...