Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
01 Ogos 2013
Pemilihan semula: Kerisauan DAP jadi kenyataan
Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam.
"Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini," kata Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam (lihat lampiran). Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini.
ROS sekadar menyatakan dalam suratnya bertarikh 30 Julai 2013 bahawa ia tidak berpuas hati dengan penerangan DAP, tanpa memberikan sebab-sebab dan alasan kenapa. DAP telah pun memberikan penjelasan serta kerjasama penuh kepada ROS. Semua dokumen sokongan turut diberikan bagi membuktikan bahawa pemilihan parti Disember tahun lalu telah dijalankan dengan baik, sah dan demokratik di mana semua perwakilan yang layak telah dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur dan politik wang.
Satu-satunya kesilapan adalah dalam hal penyiaran keputusan oleh ketua pegawai pemilihan yang mengakibatkan jumlah undi yang salah diumumkan untuk beberapa calon dan hanya memberi kesan kepada satu calon yang berjaya. Kesilapan ini mengakibatkan seorang calon, Vincent Wu, yang telah diumumkan sebagai calon yang berjaya secara silap digantikan dengan calon yang sepatutnya, Zairil Khir Johari. Apabila kesilapan ini disedari, ia terus diperakui dan diperbetulkan oleh pihak parti secara sukarela tanpa didedahkan oleh mana-mana pihak luar. Pihak parti sekarang sedang dihukum kerana enggan menutup kesilapan, dan kerana berlaku jujur dan berkata benar.
Ahmad Zahid Hamidi mengamalkan double-standard apabila beliau tidak pun menuntut diadakan pilihanraya umum sekali lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya tidak pun membuat sebarang pembetulan tentang dakwat kekal yang boleh tanggal segera, tetapi mahu DAP melakukan pemilihan semula walaupun DAP telah membetulkan kesilapan dalam keputusan pemilihan.
Surat yang begitu singkat daripada ROS memberikan arahan tersebut tanpa memberikan sebab mahupun memberikan bukti yang menyokong keputusan ROS itu sangat tidak profesional, serta merupakan salahguna kuasa secara terang-terangan yang mengakibatkan ketidakadilan terhadap DAP. Di manakah keadilan apabila sebuah pertubuhan mahupun individu dihukum tanpa dimaklumkan sebab dan ditunjukkan apa-apa bukti terhadapnya? Jika begitu, semua orang yang disabitkan kesalahan hanya akan mengetahui hukuman denda atau penjara terhadapnya tanpa mengetahui sebab kenapa dia dihukum.
Rakyat Malaysia kini hanya boleh membuat kesimpulan bahawa ROS telah pun membuat keputusan politik secara subjektif yang memihak BN untuk terlebih dahulu menghakimi isu tersebut bagi mengkhianati DAP, tanpa peduli akan fakta dan peraturan. Hakikat bahawa ini adalah suatu keputusan politik ditekankan lagi dengan pengumumuman pra-matang yang dibuat oleh Datuk Ahmad Zahid dua hari lalu sewaktu majlis berbuka puasa ROS di Putrajaya di saat pihak ROS belum menyediakan surat tersebut.
Apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke melawat ibu pejabat ROS di Putrajaya pagi semalam, beliau dimaklumkan bahawa surat tersebut masih belum siap untuk dihantar. Jelas sekali terdapat niat jahat antara Ahmad Zahid dan ROS terhadap DAP. Keputusan terkini oleh ROS ini akan dibincangkan sepenuhnya dalam mesyuarat tergempar CEC di ibu pejabat DAP malam ini.-Harakahdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan