Dengan mengambil cara berfikir Tun Dr Mahathir Mohamad, mengundi Barisan Nasional (BN) bermakna mengundi syaitan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Dr Mahathir mendakwa, undi untuk pembangkang adalah undi untuk (George) Soros.
"Dengan mengambil cara beliau berhujjah, mengundi BN beermakna mengundi syaitan sebab Dr Mahathir sendiri yang kata sebelum ini bahawa Umno BN adalah syaitan yang orang kenal," katanya.
Mahfuz menyifatkan dakwaan bekas Presiden Umno itu membuktiikan betapa terdesaknya Umno BN untuk memastikan segala jenayah dan salah laku mereka dapat disembunyikan terus dari rakyat.
"Mereka akan membuat dakwaan demi dakwaan karut untuk memastikan Umno BN tidak kalah dan kehilangan kuasa dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
"Kalah adalah sesuatu yang amat mereka takuti kerana jika Umno BN kalah, banyaklah jenayah dan salah laku mereka yang akan terbongkar dan tidak dapat disembunyikan lagi dari rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz berkata, taktik menggunakan Yahudi untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu adalah skrip lapuk yang diulang-ulang oleh Umno.
"Itulah yang dilakukan dari dahulu lagi. Selepas itu, Umno sendiri yang berganding bahu dengan yahudi dan memohon petunjuk mereka," katanya.
Zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, kata beliau, firma Yahudi, Saatchi & Saatchi dijadikan tempat bergantung Umno BN dalam usaha untuk mencipta dakyah-dakyah supaya terus berkuasa.
"Hari ini, zaman (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jadi Perdana Menteri, berpuluh juta wang rakyat digasak untuk memohon petunjuk dari Yahudi-Yahudi Zionis Israel di dalam Apco Worldwide," katanya.

Bagi Mahfuz, Umno BN tidak sepatutnya terus menuduh tanpa sebarang siasatan yang adil dan telus.
"Jangan hanya tuduh Suaram terima dana Soros. Buatlah siasatan yang diiktiraf adil dan telus oleh semua pihak untuk membuktikan tuduhan itu.
"Tetapi, jangan siasat Suaram sahaja. Siasat juga pendedahan Suaram tentang unsur-unsur rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene dengan siasatan yang diiktiraf adil dan telus oleh semua pihak," katanya.
Bagi Mahfuz, jika benar sekalipun mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) menerima dana dari Foundation Open Society yang dikaitkan dengan Soros, mereka tidak patut diburu seperti penjenayah selagi mereka tidak mengikut telunjuk pihak penyumbang dana.
"Orang PAS ramai yang terima BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) daripada kerajaan Umno BN.
"Tetapi mereka tetap undi PAS atau PR (Pakatan Rakyat) dan PAS juga tidak menghukum mereka kerana menerima BR1M selagi mereka tidak menjadi budak suruhan Umno BN," katanya.
Ahli-ahli dan penyokong PAS atau PR yang menerima BR1M tidak menjual maruah mereka seperti yang dilakukan oloeh kerajaan Umno BN kepada Apco, kata Mahfuz lagi.
"Kerajaan Umno BN gasak duit rakyat berpuluh juta ringgit untuk membayar kepada Apco semata-mata untuk menjadi pak turut Apco.
"Apa yang Yahudi Zionis dalam Apco suruh buat, mereka buat," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, dengan sinis kartunis terkenal, Zunar menulis dalam ruang Facebooknya bahawa "tak mustahil satu hari mereka buat cerita bahawa idea-idea kartun saya juga dikasi oleh Soros!"- Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan